Alhamdulillah..Syukur masih diberi kesihatan dan kenikmatan untuk menulis dan sekaligus berkongsi..
Moga input yang baik akan mencambahkan output-ouput yang jauh lebih baik :)
InsyaAllah.
Okey.
Saya ingin kongsikan satu tragedi malang yang menimpa sahabat ayah saya dan keluarganya.
Kejadian yang baru-baru sahaja berlaku, yang masih segar dalam ingatan
keluarga mangsa.
Tragedi yang saya maksudkan ialah kebakaran rumah.
Rumah beliau hangus, lenyap di depan mata.
Api marak tidak meninggalkan suatu apa pun,
kecuali ..
..(saya ceritakan kemudian)..
Dalam kejadian petang itu, isteri mangsa sedang menunaikan solat asar di tingkat atas rumahnya.
Beberapa ketika sebelum kejadian,
anak bongsunya dan anak jagaannya bermain di bilik bersebelahan. Isteri mangsa kemudiannya mendengar teriakan anaknya
yang menyuruh dia segera turun apabila melihat api tiba-tiba marak.
Isterinya hanya sempat menunaikan 2 rakaat asar.
Dia bergegas turun dan menjerit memanggil nama anaknya agar cepat-cepat keluar dari rumah.
Alhamdulillah. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Cuma kehilangan harta benda dan ternakan peliharaannya....
Dan,
anehnya,
rumah 2 tingkat yang hangus dijilat api itu meninggalkan satu teka teki
apabila salah satu daripada bilik di tingkat bawah rumah tersebut,
.
.
.
.
.
TIDAK TERBAKAR SAMA SEKALI.
saya ulang,
tidak terbakar sama sekali..
Cuma bilik itu yang masih terselamat,
yang masih ok.
Jadi,
agak-agaknya,
kenapa api tidak mara ke bilik berkenaan ?
kenapa bilik itu yang masih berbaki ?
ada apa di dalam bilik itu yang membuatkan api yang sedang mengganas tidak menjamah bilik tersebut ?
ok.
Sebenarnya,
itulah bilik di mana keluarga tersebut bersolat, mengaji..
Bilik yang tersimpan naskhah-naskhah al-Quran.
Disahkan dalam kebakaran itu, bilik tersebut masih dalam keadaan baik.
Himpunan al-Quran masih tersusun rapi di bilik itu,
masih elok,
masih boleh ditatap,
masih indah seperti biasa.. :)
Subhanallah..
Takjub sungguh saya tatkala mendengar cerita ini.
Allah memelihara kalam-Nya dengan sebaik-baiknya..
Allah ambil segala harta benda dalam rumah itu,
tapi Allah tinggalkan al-Quran untuk si keluarga mangsa..
Allah ..
Allah ..
Allah ya Allah ..
Kau Maha Tahu dan Kau Amat Tahu..
Semoga keluarga tersebut menerima dugaan hebat ini dengan hati yang redha..
| "Andai kamu redha, nescaya Allah akan redha terhadap kamu.." |
Sesungguhnya tiap-tiap hati akan diduga dengan berbagai-bagai dugaan,
dalam apa jua cara sekalipun,
dan di situ,
akan terselit pengajaran yang bersesuaian pada hamba-hamba yang diduga-Nya.
Kepada keluarga mangsa,
usah dikesalkan barang yang musnah,
usah ditangisi ringgit yang lebur,
usah meratap pada yang kosong dan tinggal abu itu.. ,
yakinlah,
Allah Maha Kaya,
dengan izin-Nya hal ini terjadi kepadamu,
dan dengan izin-Nya jua lah Dia akan mengembalikan suatu yang mungkin jauh lebih baik
untukmu sekeluarga..
Berdoalah..
Berharaplah..
Sungguh Allah bersama hamba-hambaNya yang sabar..
and ..
afterall,
it's all His ..
Daripada Allah kita datang,
kepada Allah jualah kita akan dikembalikan..
segala-segalanya adalah kepunyaan-Nya..
hatta nyawa kita sekalipun..
No comments:
Post a Comment
I'm paid enough if this post delightens you ^^