Friday, November 4, 2011

Indianisasi


Assalamualaikum..

Mari bercerita soal belajar :)

-ok 1-2-3 start-

Dulu-dulu, 
saya punya impian tinggi melangit untuk belajar jauh-jauh dari kampung halaman. Saya mahu ke negara belah barat.
Sebab ? Sebab ada salji kan.. mesti best duduk negara bersalji (fikir saya waktu kecil-kecil dulu)
Biasa la otak budak, mesti nak pergi tempat awesome je, mana pernah fikir soal cabaran, dugaan semua.

Takdir menentukan segala-galanya,
di usia 18 tahun, dapatlah tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Alhamdulillah. Tapi kan.......

Kenapa India ? 

Kenapa aku tak dapat Ireland ke, New Zealand ke..?
*buat-buat hilang ingatan yang aku ni langsung takde sijil koko kecuali sijil PLKN*

So takpe lah. Redha. India pun India lah.

Dan kalau ada yang bertanya saya waktu itu kenapa medik jadi pilihan hati,
jawapannya : otak saya bukan otak fizik. Jadi saya cuma nampak masa depan saya di daerah biologi sahaja.

Hati yang cekal berbekal jiwa yang tawakal, saya mengikut rentak kaki untuk menapak di bumi India. 
Cari ilmu.. Bukan cari laki. eheh
Tapi kalu ter-cari laki tak salah kan.. ;P

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hampir ayu,
saya banyak kali juga lah pakai baju kurung waktu ke kelas.
em korang nak tahu tak, 
orang-orang sini kan diorang kan cakap kan baju kurung tu lawa..
haha bangga an..

Tudung ? tudung bawal biasa tu lah. Takde nye nak pakai shawl tu semua. Tak logik

Tapi hidup merantau bukan sesenang yang disangka. Dengan penguasaan bahasa Inggeris yang tak hebat mana,
memang damn la juga. Serius. Ahh rasa tak mahu cerita.
Pengalaman kena condemn dengan HOD anatomy yang kononnya bahasa Inggeris saya tak indah sangat mengguris jiwa.
Mereka kena faham, dan mereka harus belajar untuk faham yang 'slang' saya cakap agak lain dengan cara mereka cakap.
Pendek kata, Indian bila cakap english, memang agak clear, pronunciation agak sharp.
Saya pula cakap agak laju. So okay I admit that I have to change, have to adapt, have to learn.

Dan sekarang, english saya memang POWER root tak agak-agak..

contoh terbaik:

"anna, you come and pick me now only. B-block anna. Haa.. fast no anna"

"U have pen? hey give no..give no.."

"1 second..1second..I will give you after this"

"hey you..hows life?..hows your study?" (bertanya soalan yang tak perlu kepada tempe yang hari-hari duk jumpa. Tapi inilah juga soalan tipikal mereka, dan saya terikut sama.)

This is new version of me.
Cara cakap dah lain..
dan...........

Oh Tuhan, cara makan saya juga dah lain. -Serius sangat ni-

Tell you what,
for me, Briyani minus pickle is just incomplete.

Crap kan?
eh korang tahu tak pickle tu apa? alah sambal masam-masam-masin orang India tu..
dan entah kenapa saya suka benda alah tu, yang sebenarnya saya rasa "euwww" waktu mula-mula datang sini dulu.

Tapi inilah nak cerita.
Tuhan aturkan semuanya, dan InsyaAllah itu yang terbaik untuk kita.
Kata dulu bukan main tak suka dapat belajar kat India, nak pergi tempat wonderful je, last-last..
jatuh cinta dengan pickle. Adeh

India tak kurang hebatnya. Hebatnya lebih.
Sederhananya lebih dari yang lebih.

Kat sini..
*"on"-kan sad song please*

..cikgu-cikgu pergi kolej dan balik kolej dengan bas sekolah je..

..bilik guru simple. cukup dengan meja kayu yang tak beralas dan kerusi yang design bangku sekolah..

..backpack takde brand pon diorang pakai. Budak-budak malaysia kite bukan main nak beg yang cun-cun punya..(aku lettew)

so..
itulah yang diantaranya.

Sekarang, saya di tahun 2 di bidang ini.
Ada rasa suka, ada rasa tak suka, kadang-kadang rasa neutral.

Tapi satu..
saya rasa rugi yang amat.

Kerana klinikal posting saya banyak yang kurang. Saya tak mampu berkomunikasi dengan masyarakat tempatan
kerana kekangan bahasa. ahh salah saya. Saya yang tiada inisiatif untuk belajar bahasa mereka.
Tengok sekarang, ambil kes pon kena ada orang perantaraan.


.......

alahai...
saye kena sambung cerita lain kali.
bibik saya dah balik.
saye kena pulangkan broadband dia.

p/s : dengar cerita bibik saya dah kapel.. esok-esok saya cerita. eheh (habis la kau linda)



No comments:

Post a Comment

I'm paid enough if this post delightens you ^^