Thursday, March 31, 2011

ada jatuh yang tak sakit...

Bismillahirrahmanirrahim.. 

Alhamdulillah.. segala puji ke hadrat Illahi atas nikmat kesihatan dan kelapangan waktu yang kita nikmati. 
Alhamdulillah juga atas rahmatNya dapatlah saya coretkan sesuatu yang insyaAllah bermanfaat di ruangan ini.


Untuk post pertama saya, saya memilih untuk berkongsi cerita, memandangkan ianya agak menarik di mata saya. 
Harap-harap saya tak syok sendiri. Hihi.. ^_^

Ini cerita lama bukan cerekarama.

:)


Kisah seekor burung kiut yang tercari-cari mommy-nya.

Alkisah suatu petang, jiran saya beria-ia panggil saya untuk lihat sesuatu di luar pagar rumah. Saya pun keluar dengan riang ria lah melihatkan dia beria-ia. Rupa-rupanya ada seekor anak burung kiut kecik comel manis sweet tengah duduk diam-diam atas dahan pokok bunga kertas. Memang comel. Warna kuning. Tak nangis pulak tu. Haha..
Babybird ni macam lost la. Tapi disebabkan dia duk "ceet-ceet" dari tadi, kuat pulak tu, last-last datanglah seekor burung warna sama tapi saiz lagi besar, hinggap kat dahan pokok mangga sebelah dengan pokok bunga kertas tu. Rupa-rupanya tu ibu babybird ni.
 
Nak tahu tak macam mana si ibu ni panggil babybird tu balik rumah ? eh. balik sarang.

Si ibu terbang ulang-alik dari satu dahan ke dahan yang lebih tinggi. Terbang.. terbang.. dan terbang lagi. Terbang ke dahan B, balik ke dahan A, terbang lagi ke dahan B dan begitulah seterusnya. Dah rupa sai'e dah saya tengok..Last-last babybird ni ikut. Tapi dia tak terbang ke dahan yang lebih tinggi, dia terbang ulang-alik ke dahan yang bersebelahan. haha.. comel betul. Ambil masa jugak la nak tunggu babybird ni confident terbang ke dahan yang lebih tinggi.. Dan akhirnya dia hinggap sama aras dengan si ibu tadi..  

Begitulah kisahnya.

Apa yang saya perhatikan, 
saya simpulkan bahawa...

setiap dari kita wajib kikis sifat jemu belajar dan juga mengajar. 
Harus kuat semangat, walaupun sedikit lambat.
Sabar kalau sedikit payah.
Tenang walau hati semacam resah.

Jangan takut kalau-kalau akan terjatuh.
InsyaAllah akan bersambut.
Luka sedikit itu tidak pedih andai jiwa tidak merintih.
Tapi jika luka darah bertukar nanah,
jangan biarkan ia bertambah parah.
Mungkin ia petanda ada sesuatu yang harus cepat-cepat diubah. 

Si babybird ni pun sebenarnya sebelum terbang hinggap ke atas dahan pokok mangga,
dia jatuh tersasar dulu di atas jalan. Jiran saya ambil dia, letak kat atas pagar. 
Dari situ, dia terbang semula, dan dia berjaya hinggap ke atas dahan pokok mangga :)



Ni gambar babybird lepas dialihkan dari atas jalan. Jiran saya guna saputangan nak ambik si kecik tu, sebab geli sikit kot.. hehe 








Jadi,

tak semua yang jatuh akan berasa sakit.
sebab saya dah pernah tengok,

ada jatuh yang tak sakit.

:)

malah, bersambut lagi.

Mungkin untung nasib,
mungkin juga sebab ikhtiar tak pernah serik.
yang penting rajin-rajinlah berbisik,

"Aku harus segera bangkit !! "