Saturday, April 30, 2011

rasa syukur..




Syukur itu senang.
Tapi ucap Alhamdulillah itu cuma kadang-kadang.
Mungkin waktu tersungkur kenyang,
atau mungkin bila dapat anugerah Dekan.

Alhamdulillah bagi yang jadikan kalimah syukur
"Alhamdulillah"
sebagai zikir harian, suapan rohani siang dan malam.

Tapi syukur adalah lebih dari itu.
Lebih daripada ucapan hamdalah pada Yang Maha Satu.
Syukur itu satu rasa.
Syukur itu deria yang peka.
Syukur itu alternatif suka dan duka.

"Deria rasa"
sukatan pelajaran Tahun 1.
KBSR.

Saya tak berminat nak jelaskan maksud deria rasa.
Cuma nak beritahu rasa syukur dapat ubahkan
deria rasa kita yang mana-mana rasa macam peria,
-PAHIT-
Menjadi deria yang secukup rasa.
=)

Saat ini kita punya mata, telinga, hidung, mulut, tangan..
Kita boleh lihat, dengar, hidu, rasa dan makan, sentuh dan pegang..
Kita tiada apa yang kurang.
Kita serba sempurna.

Tapi saat ini juga ramai yang menderita kanser dan penyakit berbahya 
walaupun deria masing-masing lengkap serba ada.

Syukur itu dapat dizahirkan melalui deria,
bukan melalui hati semata-mata atau "hamdalah" sahaja.

Contohnya --> mata

Kita sama-sama manfaatkan mata untuk belajar bab ilmiah dan agama.
Jangan hanya tahu solek mata, bercelak sakan sampai dah rupa kak Limah, 
tapi bab mengaji tak kemana.

Kita jaga hidung kita walaupun tak mancung mana.
Macam mana jaga hidung?
kena beli L'oreal anti-blackheads ke ?

Oh tak semestinya.
Anda tak merokok, anda peka kesihatan rakyat jelata,
itu dah kira anda syukur dan menjaga.
Sebab anda merokok, kami hidu sama.
Hidung lain-lain tapi kami hidu lebih.


Mana aci !!


Ok.
Telinga pulak..

Perdengarkanlah yang baik-baik untuk telinga anda 
andai "dirimu begitu berharga".
Takkan nak layan Bruno Mars je kan ?
asyik layan Justin Bieber pon nanti tak berkembang gak..

Rebecca Black ?

Tak payah la. Nanti gelap masa depan..

Dalam kubur kita nak kalimat al-Quran temankan kita,
nak setiap hari, tak nak miss walaupun sehari.
-demand- ^^
Jadi kat dunia kenalah dengar bacaan Quran hari-hari kan ?
Tak kisahlah sama ada kita mengaji atau kita dengar bacaan orang lain.
Masa di dunia kita cari Quran,
nanti di sana, automatiknya Quran yang datang cari kita.

Perihal si mulut berkait rapat dengan lidah isi dalamnya.
Lidah ucap yang baik-baik, mulut ucap yang sama baik.
Lidah mencarut yang bukan-bukan, mulut mengarut sama.
 
Dalam Islam sendiri ada peringatan tentang ini,

"..dan katakanlah kepada sesama manusia perkatan-perkataan yang baik.." 
[Surah al-Baqarah : 83]

"...dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras, 

tentulah mereka akan lari dari kelilingmu..." 
[Surah ali 'Imraan : 159]
 
"Allah tidak suka kepada perbuatan buruk yang dikatakan dengan berterus terang 
(untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang yang dianiayakan." 
[Surah an- Nisaa' : 148]
 
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya ; 
Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia,"
[Surah al-Mu'minun : 1-3]


Banyak kan teguran pasal berkata-kata yang baik ? 
Jadi beringat-ingatlah.. =)


Dan seterusnya tangan --> untuk sentuhan, pemberian, dan penerimaan.

Sedekah adalah menzahirkan erti syukur.
Tak berbuat perkara mungkar juga tanda kita syukur dengan nikmat Allah ini.
Tapi kalau benar-benar syukur,
kenapa tangan masih terlekat pada tangan yang tak sepatutnya ?
kenapa masih menghulur sesuatu yang haram sifatnya ?
kenapa ambil lebih yang bukan milik kita ?

"Sebab nanti tangan yang akan jawab,
bukan saya yang jawab.."

Tapi tangan akan jawab apa yang awak buat.
 :)

Saya akhiri sajak yang tak rupa sajak ni dengan gambar-gambar
insan yang diuji fizikalnya untuk renungan diri sendiri,
tak lupa juga untuk kalian semua.
Bukan ajak untuk termenung,
tapi untuk kita fikir-fikirkan nikmat yang kita ada hari ini tiada tolok bandingnya,
sangat mahal nilainya di mata insan-insan yang kurang bernasib baik.

Sangat mahal ok !

Terpulang pada kita bagaimana nak manfaatkan deria yang ada,
Islam dah bagi garis panduan,
tinggal kita nak pergunakannya dengan sebaik-baik mungkin
beralaskan iman dan rasa syukur dengan apa yang ada.


*************************************************************************************************



Kecederaan pada hidung..







conjunctivitis..






Squamous cell carcinoma of the ear..







Kronik punya kanser mulut ni..








Kanser mulut lagi..








Jose Mestre menderita penyakit hemangioma..








Cerita dia selalu masuk paper kan ? Pesakit ini mengalami masalah genetik yang mana sistem pertahanan tubuh gagal mengawal serangan kulat.








menderita sakit neurofibromatosis..







Ketumbuhan di bahagian leher seberat 33 pound..







Saya tahu susah nak berhenti merokok...tapi... do something la bro!! try to minimize it n finally avoid it.





Bersyukurlah dengan nikmat yang anda miliki saat ini.
Jangan lupa semuanya milik Allah,
dan seharusnya lah digunakan untuk jalan-jalan yang diredhai Allah semata-mata.





So lepas ni,
kalau tengok cermin ...,









kita berdoa pada Allah :







Maksudnya ; "Ya Allah Ya Tuhanku, sebagaimana engkau telah memperelokkan kejadianku,
maka hiasilah budi pekertiku dengan akhlak yang baik,"


Amin......


^_*


ok, selamat beramal !


Assalamualaikum..

1 comment:

  1. wah..dah makin bergaya dan pro...bagus!!! teruskan usaha nad yerk!!!

    ReplyDelete

I'm paid enough if this post delightens you ^^