Saturday, April 2, 2011

tekan "LIKE" ...

"Jangan tergesa-gesa tekan "LIKE",
   "LIKE" lah pada hal-hal yang baik,
      agar natijahnya jauh lebih baik,"

Bismillahirrahmanirrahim..
Izinkan saya ketengahkan isu semasa, yang bukannya satu fenomena luar biasa.

Fenomena facebook.

Rata-rata profil Facebook, kaum perempuan khususnya, adalah milik peribadi. Personal. Private.
Anda "add' dan dia "approve".  
    Again, if only you "add" then only she will "approve".
    But, by luck la kan ? hehe..
    Some will not approve and some even hide their "friend request" column from us.
    ermm pretty sad... hihii

Bonus bagi yang naik pangkat menjadi "friend",
agenda utama adalah nak jengah album-album mereka.
Mungkin tak semua, itu cuma perkiraan saya :)

Seronok dan hampir leka sebenarnya dapat 'usha' foto-foto kenalan perempuan di Facebook.
Foto majlis-majlis besar, foto percutian ke negara-negara besar, adalah antara yang menarik.
Tapi sayangnya, di kalangan perempuan Muslim secara spesifiknya, ada juga foto-foto "seksa" 
mereka yang tiba-tiba terselit.

Inilah Facebook. Kalau dalam dunia realitinya, susah juga sebenarnya untuk berkongsi hak peribadi,
tetapi di Facebook, semakin ramai yang tak segan silu mengamalkan keterbukaan tahap tinggi.

Mudahnya perkenalan perempuan dan laki-laki hari ini yang kadangkala tiada had dan sempadan yang membatasi. 
Semua gara-gara si terer pengasas Facebook, habis minda dan selera anak-anak muda dimanipulasi. 
Saya tak salahkan Facebook. 
Cuma saya lihat ada sedikit salah pada pengguna Facebook.

Sedikit yang masih boleh diperbetulkan :)

Tapi boleh jadi barah andai dibiarkan fenomena ini berterusan.

Sebagai seorang yang mengaku Islam, janganlah tinggalkan imej Islam itu di atas sejadah semata-mata. 
Bawalah ia kemana-mana. Hatta ketika berfacebook, imej Islam itu harus ada. 
Yang saya cuba fokuskan di sini ialah perkongsian foto-foto peribadi yang banyak memakan diri.

Pada saya, tak salah berkongsi gambar sambil bercerita berjela-jela.
Tapi beringat-ingat ini laman sosial. Tak kena pada cara, akhirnya akan jadi sia-sia belaka.
Kita murah hati berkongsi hak peribadi secara membuta tuli.
Walhal dalam agama ada had yang harus dipatuhi. 

Kadangkala foto-foto syok sendiri yang disangkakan fotogenik,
mengalahkan aksi Amber Chia yang memang tiada ruang untuk dikritik,
rupa-rupanya ia cuma lah satu bingkisan fotogedik.

Isk. isk.. T_T

Daripada sudut agama sendiri ada tegahan yang lebih tegas tentang isu-isu sebegini. 
Dan ianya tidaklah termaktub ke atas perkenalan dan perhubungan yang realiti semata-mata. Ianya merangkumi semua. 
Ya, semua.
Realiti dan juga alam maya - memandangkan alam maya adalah alam feymes di abad ini.

Bahana Facebook kadangkala menjurus kepada permasalahan rumahtangga. Mana tak nya, dek asyik melayari Facebook, 
rumahtangga hampir hilang serinya. Si isteri misal kata, terjumpa komen-komen romen sang suami pada foto-foto perempuan misteri,
paling-paling kurang bebel dari malam sampai ke pagi.
Itupun saya kira dah habis mithali..
Jadi peringatkanlah diri sendiri, baik isteri mahupun suami.

Janganlah main tangkap muat sahaja dalam berkongsi hak milik peribadi. 
Hadkan perkongsian yang terlalu mendedahkan identiti diri yang mana kita rasa tidak sesuai untuk dijadikan tayangan umum.
Pilih-pilihlah gambar sebelum upload k ?

:)

(gambar berselimut dalam bilik tidur pun anda tergamak nak kongsi ke?)

Inilah yang perlu diambil kira. Sebab kita kadang-kadang "approve" orang yang kita tak pernah bersua muka. 
Dan dalam masa kurang 1 jam sahaja, anonymous ini sudah diupdate dengan berbagai-bagai berita dan 
foto-foto cambest yang dalam sekelip mata sahaja menjadi 'milik bersama'.

Jadi eloklah fikir dulu maklumat peribadi apa yang anda rasa sesuai nak dikongsi.
Especially bab gambar la..

********

Bayangkan seorang adik manis upload gambar "hot" macam ini :

 

Yang lain pula komen sekomen-komennya : nice pic ! nice pic ! U luk suwit..!

haha..

Dia dah blushing-blushing tak tau nak kata apa, 
Sebab anda tekan "LIKE" , dia makin suka.
Esok lusa dia upload gambar hot yang lain pula.
Sebab dia yakin ada sambutan hangat seperti biasa.

hehe..    (*_*)

Inilah hakikatnya apabila puji terlebih-lebih tak ingat dunia. Yang terang-terang dosa buat-buat tak nampak. 
 Si perempuan makin leka, rakan sekeliling terikut sama. Ada juga yang ingin tegur-tegur cara mesra, 
tapi takut-takut terguris hati dan rasa. 
Sebenarnya kan.., kalian harus faham, 
tegur itu tandanya masih ada yang sayang...

"Jadi, kalau kata nak masuk syurga sama-sama,
 kenapa asyik tekan "LIKE" walaupun ada sesuatu yang tak kena ?
 apa erti janji manis "friendship forever?" "

********

Dalam Facebook kita terlebih sporting tak tentu pasal. 
Foto wajib privacy kita tayang tanpa sedikitpun keraguan. 
Sehinggakan kadang-kadang foto tu boleh menjadi bahan bual. 
Sedangkan dulu bukan main kita berkempen sakan, 

       "kita ni perempuan, kena lah jual mahal..!".

Inilah ragam facebook - dari satu sudut yang agak mual.

Teringat saya akan kata-kata hikmat seorang ustaz :
"Berhati-hatilah wahai orang yang terkenal,
 kerana pengaruh anda sangat meluas,"

Saya ibaratkan orang terkenal dalam konteks ini adalah
pengguna Facebook yang punyai ribuan kenalan,
malah ada sesetengahnya memiliki "fanpage" sendiri lagi !

H e b a t !

Jadi, pergunakan medium ini sebaik-baiknya untuk sebarkan pengaruh yang baik.
Kerana kita bertanggungjawab atas setiap apa yang dipertontonkan kepada
masyarakat sekeliling.
Baik isi dan intipati, Alhamdulillah terselamatlah diri.
Tapi kalau sebaliknya, pandai-pandailah jawab sendiri.

Kini saya lebih faham mengapa muslimah-muslimah di luar sana sangat menitikberatkan 
soal perkongsian mesra di laman Facebook ini. 
Dan tegahan agama itu sangatlah berasas yang mana bertujuan sebagai pelindung dan benteng diri.

Jadi,

Simpanlah foto-foto terlebih mesra,
kongsi idea-idea yang bijaksana,
tekan "LIKE" berpada-pada,
jangan tambah dosa yang ada.

People, you don't have to click like just to please each other.
If it is likely to be the one that Allah definitely dislike of,
then why do you still "LIKE" it ?

Why do you "LIKE" blindly ?

Show your love,
show your care.

And this note shows my true love to all of my friends that I really care.

:)

2 comments:

  1. nak like post ini! hehe

    it's true then. tapisan itu sangat perlu. plus bukan gambar sendiri je perlu tapisan, gambar kawan2 juga(yang tak sopan). udah la kebenaran kawan pun tak tanya.

    best2 lah pantun awak. poetic habis! hehe keep it up sis =)

    ReplyDelete
  2. tenkiu!

    poetic ? haha sikit2 boleh la.. :P

    harap ada kesedaran untuk betulkan mana-mana yang kurang.

    a BIG reminder for me as well..

    ReplyDelete

I'm paid enough if this post delightens you ^^