Wednesday, May 25, 2011

Dia yang sudi bercerita....


Ini kisah Dia..

ku kongsikan kisah dia, agar kau dan terutamanya aku lebih mengerti makna hidup yang sebenar.

Dia orang susah, teramat susah dan terbiasa dengan kesusahan. Tapi dia cekal, dia tekun, dia gigih untuk sara hidupnya. 
Dia tidak banyak mengeluh. Dia tidak pernah pula mencemuh dek hambatan kemiskinan yang menyelubungi hidupnya. 
Dia tabah, malah dia semakin bersabar. Dia sentiasa senyum, waktu susah atau waktu terlebih susah.

Tapi rezeki tidak kenal siapa.
Sudah tertulis barangkali buat dia, dia punya kefahaman ilmu yang lebih dari rakan-rakan seusia.






Dia ceritakan kepadaku satu persatu, agar aku faham apa itu rezeki, apa itu ilmu.

Dia dibesarkan oleh ibunya, dia lah abang, dia lah adik, dia yang tunggal, dia seorang.
Dia punya seorang kakak seibu tapi tidak sebapa, 
dia punya ramai beradik sebapa tapi tidak seibu. Ahh rumit sedikit.
Tiada belaian mesra dari insan bernama ayah sehinggalah usianya 18 tahun,
di mana dia dipertemukan semula dengan ayah kandungnya.
Tak keterlaluan kalau dikatakan kehidupan bersama sang ibu dilalui dengan sekadar cuma, apa yang ada,
itu yang dijamahnya.

Kecemerlangannya di usia muda membawa dia jauh ke ibu kota, untuk mendaftarkan diri ke Sekolah Sultan Alam Syah. 
Mujur ada saudara yang punya kereta waktu itu yang menghantarnya ke sana.
Berada jauh beribu-ribu batu dari kampung halamannya meniupkan semangat luar biasa untuk dia meneruskan
budaya kecemerlangan yang sudah lama sebati dalam jiwanya.
Waktu belajar, dia belajar, waktu main, dia ikut main seperti orang biasa.
Tiba waktu cuti, dia pulang ke kampung yang dirinduinya, berjam-jam lamanya untuk tiba di halaman rumahnya,
di Kuala Terengganu.
Cutinya tidak tersia begitu sahaja. Dia menjual aiskrim, dia keluar mengutip kerang, redah belukar
untuk mencari apa-apa yang bernilai agar dapat dijual.
Semuanya untuk menambah duit poket dan berharap agar dapat membantu keluarga.

Itu cerita waktu cuti.
Waktu persekolahannya dimanfaatkan sepenuhnya agar suatu hari nanti dia mampu mengubah nasib keluarga dan 
nasib dirinya. Dia mahu berjaya, maka dia tidak jemu berusaha.

Kata orang, genggam bara api biar sampai jadi arang..

Akhirnya, usaha gigihnya melayakkan dia mencapai gred cemerlang dalam sijil tamat persekolahannya.
Bercita-cita menjadi seorang doktor, permohonannya untuk ke jurusan sains berjaya.




Dia mengharungi susah payah sepanjang bergelar pelajar aliran sains.

Kehidupan ibu di kampung masih sama. Tiada apa yang berubah.
Ketika di kampus, dia kerap memikirkan nasib ibunya di kampung.
Ayahnya bersama keluarga baru sebelah sana juga tak kurang daifnya.

Bak kata pepatah Melayu, kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang,
malam tak dapat kais sebab gelap tak nampak nak kais,
kalau ada lampu suluh bolehlah kais,
jadi malam kena ikat perut..
(panjang pulak rasanya pepatah ni..)

Jadi begitulah, hari demi hari.

Dia terfikir untuk mencari kerja, dia berfikir semula. Dia masih memikirkan hal yang sama.
Dia mahu cepat-cepat kerja, agar cepat-cepat beroleh duit yang membolehkan dia membantu dirinya dan keluarganya.
Dia memikirkan untuk tidak menyambung pelajarannya di jurusan sains.
Tambahan pula waktu itu, dia tidak mendapat sokongan dalam bentuk material mahupun spiritual.
Dia cuma murid miskin yang bersaing untuk kekal cemerlang.

Setelah difikirkan agak lama, dia akhirnya sebulat hati memadamkan impiannya untuk bergelar
seorang doktor yang mana memerlukan komitmennya untuk bertahun-tahun lama lagi
bagi menyempurnakan ijazah kedoktoran.
DIa mula beralih ke bidang yang saya kira jauh sekali kaitannya dengan aliran sains perubatan.

Ya, jelas ketara bedanya.
Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma sains pertanian. 3 tahun sahaja.
Bukan bertahun-tahun seperti bidang perubatan.
Aliran sains yang dicintainya ditinggalkan setakat itu, setelah hampir 6 bulan melaluinya.
Dia mula menumpukan minat dalam bidang baru yang diceburinya.
Dia masih mengekalkan budaya mesra buku, cinta ilmu, dan tekun berusaha.

Lama-kelamaan bidang itu menjadi fokus utama dalam kehidupannya. Tidak lagi menoleh ke belakang,
tidak lagi mengenang kisah lalu, dia senang dengan apa yang ada padanya waktu itu.
Siapa sangka, berkat kerajinan dan kegigihan menimba ilmu,
dia muncul antara yang cemerlang dalam bidang itu.

Dia ditawarkan biasiswa. Dada makin lapang, minda bertambah ringan. Setelah menghabiskan tahun-tahun diploma,
dia kini bekerja dan mula mencari wang sakunya sendiri.
Setahun bekerja, pelaburannya sudah cukup untuk melayakkan dia membeli sebuah kereta demi keperluan hariannya.
Ibu mana yang tidak gembira dengan pencapaian sebegitu rupa.
Tambahan pula, waktu itu dia lah orang pertama yang memiliki kereta di kampungnya.
Tak cukup dengan itu, dengan duit yang ada, dan niat yang sudah terpendam lama,
dia mendirikan sebuah rumah dua bilik yang lebih selesa.

Alhamdulillah..

Alhamdulillah sekali lagi,
rezeki bertandang tak kira masa, rezeki tak putus-putus untuk dia,
dia seterusnya menamatkan zaman bujangnya.

Pilihannya ? Gadis sekampung, yang tak kurang pada rupa, adab dan tatacaranya =)



Sah ?? SAH sokmo...! huhu



Selepas setahun ke setahun, pencapaian kerjanya makin bagus,
rumahtangganya makin ceria dengan kehadiran tiga cahaya mata.
Pada tahun 1995, dia membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya di peringkat ijazah pula.
Alhamdulillah dia berjaya mendapat tempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Program ijazahnya dilalui berbekalkan doa dan semangat ibu,
isteri dan anak-anaknya yang kian membesar.

Dan kini,

setelah bertahun-tahun lamanya, dia dikurniakan kehidupan yang lebih selesa.
Anak-anak ada empat semuanya.
Namun si ibu tua tadi telah tiada, ibunya pergi menghadap Illahi pada tahun 1999.
Kehidupan bersama keluarga tercinta 
diteruskan dengan rezeki yang dikirimkan oleh Yang Maha Memberi,
Yang Maha Pemurah..

Gigih dia waktu muda, diterapkan pula dalam jiwa anak-anaknya.
Mereka dididik secukupnya untuk menjadi insan-insan yang berguna.
Duit yang dikumpul waktu muda digunakan untuk pelajaran dan kemudahan anak-anak.
Pelaburannya tak sia-sia,
doanya siang malam dicucuri rahmat Yang Esa,
anak-anaknya kini menyambung impiannya yang dulu tergendala.
Dulu dia meninggalkan jurusan sains perubatan,
kerana kekangan hidup dan tiada sokongan.

Tapi kini,
dia lah satu-satunya penyokong kuat anak-anaknya apabila
2 orang daripada anak-anaknya mula meminati bidang yang pernah diceburinya itu.

Tidak menganggap untuk menyempurnakan impian bapa,
anak-anaknya memilih bidang itu kerana minat sendiri dan ingin mencuba.
Kesusahan hidup bapanya menjadi kekuatan dan aspirasi yang cukup bermakna dalam diri.
Kesederhanaan yang anak-anaknya lalui saban hari jauh lebih beruntung daripada nasib bapa sendiri.



Jadi,




Secara peribadi,




ingin ku bisikkan kepadanya,





pssstt......





abah ... ,





oooo abah....








                                                     
   huhuhuhu ....
   Itu dia..
janji manisku....

=>

Janji bukan sekadar janji,
janji anak Melayu,
janji harus ditepati !

^_*


Dan,

walaupun hari ini bukan hari bapa,
atau hari daddy,
tetap ingin ku ucapkan padamu,


Selamat berbahagia dengan apa yang sudah dikecapi sekarang,
semoga selamat di dunia hingga ke akhirat sana..



...............................................................




Tamat sudah kisah "dia"..
Insan yang teristimewa dalam hidup saya.

Dia abah saya.

Mungkin bapa anda ada cerita yang lebih istimewa,
jangan segan kalau terasa nak kongsi dengan saya..

=)




No comments:

Post a Comment

I'm paid enough if this post delightens you ^^