Saturday, May 7, 2011

Cari jodoh @ Lari dari jodoh ?

Ha.

Cari atau lari ?
Sedang mencari atau melarikan diri dari jodoh ?

Jangan tepuk dada, jangan tepuk apa-apa, terus jawab dengan hati yang terbuka.

Saya terkesima sebentar tatkala mendengarkan gossips kawan lama yang mana dia menceritakan ramai
di antara rakan-rakan sekuliah sebaya yang telah mendirikan rumahtangga. 
Dan ada pula yang dah pregnant datang kuliah macam biasa.
You bayangkan umur you 21, you are pregnant and you come to the class.
I was like whhhaattt??? !

Tapi.................................nak pelik apenye................
orang dulu-dulu pun kahwin awal la nadia oii, rilek la....
kahwin masa belasan tahun lagi tu....
So I calm down.. dan terima hakikat itu. huhu 

Saya bukan siapa-siapa nak bercerita soal jodoh. Bukan bini orang yang dah ada pengalaman berumahtangga, 
bukan juga girlfriend pada siapa-siapa.
(err girl-best-friend to somebody tu ade lerr)

Tapi saya ingin bersuara tatkala melihat dunia cinta remaja tergolong kepada 2 golongan majoriti utama. 
Yakni yang 1 nya mahsyuk dengan cinta praperkahwinan 
dan yang 1 lagi yakin dengan janji Allah tentang cinta lepas ikatan pernikahan.

Kalau you olss, you olss pilih yang mana ?

Kalau saya,
saya tak dapat pilih yang mana-mana.

Bukan bermaksud saya tak yakin pada janji Allah.
Its only that I found love as a natural feeling..
Ya. natural..
You tak dapat nak elak.
Sometimes you rasa you are in love,
sometimes you feel nothing,
and to some extent you may hate it.
but after all, you still can control it.


You boleh kata you nak bercinta lepas kahwin padahal sebelum kahwin you masih tak dapat lari dari 
perasaan teringatkan seseorang, best jumpa orang tu, and bla3..


 Seriously.


(i promise to control myself to not to talk like soooo jiwang)


Jadi apa pendekatan yang harus kita ambil ?

I mean how to control that natural feeling as a real good feeling ? 


Senang je, back to Islam.


Pertama-tama sekali kembalilah pada Allah, pada ayat-ayat Allah. Ia adalah asas pada pendirian kita
dan alas pada tingkahlaku kita. Kita Islam dan Islam adalah kita. Kita mahu jadi fulltime Muslim, 
so we shouldn't neglect any single tip which is recommended by Islam.

Including tips on love..

So kawan-kawan,
if you tengah dilamun cinta padahal you takde duit nak kawen sekarang and mak you suruh you habiskan dulu degree,diploma,
matriks, whatsoever, you kaji la balik attitude you selama you bercinta ni.
Kita semua tahu tentang zina yang direct contact tapi kita masih tak cukup ilmu tentang
zina indirect contact. Itu you kena contact orang-orang yang berilmu kalau nak tahu pasal tu.


Tapi tak bermakna bila you decide tak nak bercinta, you boleh terus lupakan pasal jodoh you. 
You kena ingat makin hari makin ramai lelaki dan wanita yang baik-baik, beriman, yang "diikat" awal-awal, 
i mean tunang or something like cari kata sepakat yang bawa berkat..
So tak keterlaluan dan takde masalah kalau you fikirkan tentang masa depan you.

Memang benar jodoh itu di tangan Tuhan, jodoh itu Tuhan yang tetapkan.
Tapi usaha itu di tangan kita, di tangan you. So you olss tak boleh lepas tangan pasal ni.
Sebab ini life you. You yang harus tentukan teman hidup you.
You yang nak kawen.

(Yang taknak kawen tu, I taknak komen la..)

Jangan terlalu anti-couple dan berserah sepenuhnya kepada Allah tanpa berikan sedikit ruang dalam hati kita kepada 
naluri dan fitrah manusia biasa. Kita takkan terlepas dari perasaan "suke orang tu" dan "suke orang ni", 
tapi perasaan itu masih mampu dikawal andai Islam is in your heart, mind and soul.

Ramai yang berkenan dengan "khidmat orang tengah" dalam kes-kes macam ni.

Tapi,


Tak semua orang berpeluang menggunakan orang tengah.
Tak semua orang bijak mempergunakan khidmat orang tengah.
Tak semua orang mahu menggunakan orang tengah.
Jadi tentukan your best medium in approaching yours..


Sometimes when I finished reading few articles about tips on a relationship in view of Islam,
I felt like "ouhh..what I have done............"
but still... I thanked to God for sending me those articles which guides me
and inspires me on how to be a better me.
:)

Saya kurang berkenan dan kurang bersetuju bila mana kita dah ada calon sendiri,
and suddenly we read and listen to good advices on stamping out "zina",
we changed all of a sudden.
I mean like you suddenly tinggalkan pakwe or makwe you or you menghilangkan diri tanpa khabar berita dari si dia.


Kenapa tinggalkan dia terpinga-pinga keseorangan ?

So here I'm giving you simple tips on how your change can stimulate good change on others too :

# Anti-couple tak bermakna you perlu tinggalkan dia untuk selama-lamanya. Dah kalau kata dia tu memang suit dengan you, 
  padan dengan you, family pun setuju, cuma masa je tak mengizinkan you untuk bersatu and you nak bersih dari elemen-elemen
  zina (semua orang pun patut tinggalkan zina), so you cakap baik-baik dengan partner you pasal ni. 
  Cakap la you taknak dah dating-dating ni sebab Allah tak redha.


# Kalau you takut kehilangan kesayangan you tu, you berdoa la banyak-banyak agar Allah lembutkan hati si dia sama serupa 
  Allah lembutkan hati you untuk berubah. Sebab kita kena ingat, dalam dunia ni ada perkara
  yang kita boleh kawal dan ada yang tak boleh dikawal. 
  Hati orang, perubahan sikap seseorang adalah sesuatu yang luar dalam kawalan kita.  
  Maka doa lah yang menjadi penyelamat kita semua.

  Kita juga jangan lupa, hati itu milik Sang Pencipta. Dia berkuasa penuh ke atasnya.
  Maka tidak mustahil untuk Pemilik hati melunakkan hati hamba-hambanya atas usaha dan doa-doa kita. 
  Sesuatu yang tidak mustahil kalau tiba-tiba kita rasakan kita redha dengan perubahan yang  baik 
  walaupun suatu ketika dulu kita bukan main "leading" kalau bab-bab bukan ibadat. 


  Sebabnya ?


  Allah itu Maha Memperkenankan doa hamba-hambaNya yang bersungguh-sungguh ingin menyucikan diri dan bermohon kepadaNya.


  Jadi, janganlah gelabah sangat takut kesayangan you tuu hilang...


# Si lelaki dan si perempuan dua-dua kena faham kalau partner korang tiba-tiba bersuara nak ubah 
   style relationship korang. I mean support la benda yang baik kan. Jangan lah terasa diri dihina atau diri tak layak 
   sebab partner dah pandai cakap isu-isu Islamik.
   Islamic is for all Muslims. So apa isunya ?


# Kita jangan jadi budak-budak. Kita mampu buat degree, mampu belajar tinggi-tinggi, dah mampu bekerja, buat duit sendiri,
   maka IQ kita pun layaklah dikatakan di tahap yang tinggi. IQ yang boleh memikirkan tentang dosa pahala dan syurga neraka. 
   Jadi fikir-fikirkanlah.. Redha dan bersyukurlah bila partner you atau sesiapa sahaja ajak berubah ke arah kebaikan.
   Ingat, semua teguran itu datang dari Allah dan disampaikan kepada hamba-hamba yang terpilih melalui apa-apa jua cara sekalipun.




**********************




So itu je tips saya. Pointnya, kalau nak berubah, ajak si dia sekali berubah sama. Hubungan itu diteruskan macam biasa
cuma gaya untuk berhubung tu yang kena "repair" sikit or mungkin banyak sikit ke.. 
ala terpaksa berkorban jiwa sikit la kan..

Untuk yang mahu cari teman hidup,
tapi tak berkenan dengan cara direct, nak guna orang tengah,
saya tiada pengalaman, hence no tips.
Tapi saya pernah baca pengalaman Ustaz Hasrizal mencari cinta dalam novel "Aku terima nikahnya", 
dia pun guna khidmat orang tengah..
..and I found it awesome ! 
Seriously !


So,

whatever it is,
wherever you live,
whoever you meet,
bear in mind that Allah is watching over you and me. 


Pendek kata, buat sesuatu biarlah dalam redha Allah.
Janganlah kerana mencari jodoh, Allah memurkaimu.
..dan tak perlulah melarikan diri dari jodoh,
sampai manusia pun membencimu.

Ambil jalan yang terbaik agar perhubunganmu diredhai,
dan manusia faham dengan tindakanmu itu,
dan mereka menyayangi apa yang baik dari kamu.


Urusan hati manusia lain, serahkanlah pada Allah.
Itulah tawakkal,
setelah bersusah payah kamu berubah, berkorban, dan berdoa.


Tenanglah wahai hati-hati yang disucikan.. :)



No comments:

Post a Comment

I'm paid enough if this post delightens you ^^