Wednesday, May 4, 2011

Haji Muda !


Assalamualaikum..

Apa khabar Haji dan Hajjah sekalian ?
(bagi yang dah mengerjakan Haji)

Bagi yang belum,

Apa khabar bakal Haji dan bakal Hajjah sekalian ?

hehe..^^

Ok untuk bakal-bakal ni,
korang dah daftar haji belum ?


Kalau dah ada akaun Tabung Haji dan ada minimum RM1310 dalam akaun,
bolehlah ringankan diri pergi daftar Haji ye.. :)
Saya pun baru tahun ni pergi daftar Haji.

Pegawai Tabung Haji bagitau tahun saya bakal kerjakan Haji adalah
pada tahun 2038. Fuhh..lagi 27 tahun tu..


Makin lama makin ramai yang akan mendaftar untuk kerjakan haji,
makin panjang "waiting list" untuk dipanggil ke kursus perdana sebelum mengerjakan haji.
Semuanya makin, makin, makin...
Jadi kalau simpanan dah cukup, tak payah tunggu lama-lama untuk daftar haji ok ?

Tak kisahlah anda daftar dulu, si dia daftar kemudian,
nanti boleh buat permohonan untuk kerjakan Haji bersama.
InsyaAllah dapat :)
Si dia yang saya maksudkan adalah siapa-siapa yang anda mahu jadikan 
teman ketika di Tanah suci nanti.
Mungkin teman kesayangan anda,
mungkin juga kaum kerabat,
abang ke,
sape-sape yang bersesuaian dengan syara' la..

Jadi jangan lupa fikirkan tentang rukun Islam yang ke-5 ini.
Molek benar nak menyimpan dari sekarang,
tak perlu nak bermewah-mewah lagi waktu muda ni,
sebab banyak benda nak diselesaikan waktu tua nanti. :)


Simpan sikit-sikit, InsyaAllah nanti Allah akan cukupkan rezeki kita untuk kita tunaikan impian menjejakkan kaki ke tanah suci..

Sebabnya kita nak target untuk kerjakan haji dalam lingkungan usia muda,
mungkin 30 ke 40-an,
atau kalau lagi muda dari tu,
alhamdulillah lagi baik..

Jadi kenapa, sebab apa, dan mengapa nak kerjakan haji awal-awal ni ?

Ada apa dengan Haji Muda ?

=)

Kita boleh nilai sendiri sebenarnya apa kekuatan dan keistimewaan bila mana kita
mengerjakan haji di usia muda. Sungguh banyak "advantage" untuk kita.

Hasrat untuk menyempurnakan ibadah Haji ini mendahului hasrat untuk melancong ke benua lain 
apabila melihatkan kedua-dua ibubapa saya telah selesai rukun Islam terakhir mereka dalam usia yang saya kira masih muda. 
Alhamdulillah, mereka mampu mengoptimumkan segala macam ibadah di Tanah Suci.

Hasrat ini juga terdorong melalui catatan pengalaman saudara Ridzwan Bakar dalam novel travelognya :


  
Antara bicara menarik yang termuat dalam buku ini .... :


Jemaah perlu memantapkan diri bukan sekadar rukun dan wajib haji tetapi juga ilmu
sejarah Nabi supaya penghayatan kukuh dapat dibuat ketika berada di Tanah Suci.


Raudah adalah tempat yang penuh dengan kedamaian. Halusi Raudah dengan doa yang 
sungguh-sungguh supaya Allah mempermudahkan dan melapangkan ruang untuk kita
bermunajat di dalamnya. Sekiranya mampu, manfaatkan 8 hari di Madinah dengan 
bersembahyang di dalam Raudah. Dengan keinginan yang kuat, kita mampu melakukannya.


Kita diuji dalam berbagai-bagai bentuk termasuk ujian takut mati. Jangan dilayani bisikan
syaitan yang menakut-nakutkan kita dengan kematian. Yakinlah, kematian itu pasti, hak 
Allah untuk menentukannya. Justeru, meninggal dunia di Mekah atau Madinah lebih baik
daripada mati di sofa empuk di rumah. 


Kesihatan adalah faktor penting untuk menunaikan haji. Rasa simpati apabila melihat 
bakal-bakal haji melalui proses yang sukar walaupun tidaklah rumit. Mereka benar-benar diuji.
Tidak kurang juga yang terkandas akibat tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan 
lain lagi. Ada juga yang bertongkat datang dari jauh. Iktibar daripada ujian kesihatan ini, 
 pergilah haji ketika usia muda iaitu ketika kesihatan berada pada tahap terbaik dan 'fitness' yang tinggi. 
Apabila kita sihat, kita bukan saja mampu mengurus diri sendiri tetapi kita berpeluang menambahkan pahala 
dengan menghulurkan bantuan kepada insan-insan lain khususnya warga emas.


Sememangnya kita dijanjikan dengan limpahan rahmat dan ganjaran besar bersembahyang
di Masjidil Haram. Namun, sebagai Muslim yang tinggal jauh dari bumi Barakah ini, kita
sebaik-baiknya berazam dan berusaha untuk bersembahyang sehampir mungkin dengan Kaabah.
Sekiranya kita bersungguh dan mampu bersembahyang betul-betul di hadapan Kaabah,
kepuasan bersembahyang dan renjisan kedamaian meluncur menembusi hati kita yang
keras dan degil ini. Moga Allah mengizinkan kita mendapat tempat yang terbaik ketika 
berada di Masjidil Haram.



Bina bisikan hati dan ucapan dengan nilai-nilai positif. Kawal nafsu dan lidah daripada 
membicarakan perkara-perkara yang tidak membina. Allah Maha Mendengar bisikan hati
dan tidak mustahil bagi Allah memperkenankan kehendak hati kita..

*****

Jadi ni lah sedikit sebanyak perkongsian daripada buku Haji Muda ni.
Banyak info-info menarik dari segi persediaan Haji, pelaksanaan Haji, 
serta implikasi Haji yang tersusun rapi dalam buku ni.

Saya juga nak kongsi lah sikit foto-foto bonda saya serta kaum kerabat saya
yang telah dijemput sebagai tetamu Allah..
InsyaAllah 1 hari nanti tiba giliran kita pula untuk ke sana,
untuk melihat sendiri kiblat keagungan kita,
dan bersolat di masjid kebanggaan Muslimin Muslimat semua.
Yang paling penting,
untuk sujud menyucikan diri dan mengagungkan kebesaran Illahi.




My mom.. :)







Kita sentiasa diuji dengan kehadiran ramai peminta sedekah. Sukar mengenal mana yang  benar memerlukan dan yang cuba mengambil kesempatan. Hulurkan bantuan dengan hati yang ikhlas dan hindari daripada mengherdik mereka, walaupun hakikatnya kita tidak suka dengan sikap mereka ini. Berhati-hati supaya tidak terpedaya. -pesanan penulis buku Haji Muda-







Bersama dengan pegawai Tabung Haji yang setia memantau keperluan jemaah haji Malaysia khususnya.






Adam.. cousin. :)






Takde masalah besar untuk bawa si kecil ke Tanah Suci :)






Malaysia bagus..Malaysia bagus.....






dah cukur rambut. dah takde imej Justin Bieber. haha






Kaabah, kiblat kemuliaan orang Islam.. Adam dan ibunya, Mam Rohaya =>






Berilah semangat haji ketika anak-anak anda masih kecil lagi. Mulakan simpanan ketika anak-anak di bangku sekolah. Sekiranya perlu, buat kemudahan potongan gaji untuk dikreditkan terus ke akaun Tabung Haji anak-anak. InsyaAllah, anak-anak akan mengingati anda sebagai insan yang pertama meniup 'semangat haji' di hati mereka.






Adam makan epal untuk kembalikan "power" untuk terus buat ibadat...huhu





Semoga mendapat haji yang mabrur ! ^^



Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

"Allah turunkan 120 rahmat setiap hari di Baitullah,
60 rahmat bagi orang yang bertawaf,
40 rahmat bagi mereka yang bersolat
dan 20 rahmat bagi mereka yang menatapnya," 



Jadi, apa yang anda perlu buat sekarang :

simpan duit

buka akaun Tabung Haji

daftar haji


berdoa agar impian ke Tanah Suci dimakbulkan Illahi..


Bagi yang berkemampuan,


bolehlah tunaikan umrah dulu untuk lepaskan rasa rindu .. =)






No comments:

Post a Comment

I'm paid enough if this post delightens you ^^