Monday, April 4, 2011

Kak atau abang ?



"Berapa ringgit yang ni?"

  "10 ringgit je.." (dia dengan senyuman meleret-leret-leret)

"Ohh.. tu yang kaler pink tu berapa?"
"
  "same je dik.. 10 ringgit jugak.. suka yang mana dik? " 

******

:)

okey.

Ini sebenarnya petikan perbualan saya dengan A (bukan huruf sebenar).
Saya masih ingat, dialog inilah yang biasa saya berdialog tiap kali saya jumpa A sekitar 2,3 tahun yang lepas. 
Ayat lebih kurang je. Tiap kali jumpa, macam tu lah soal saya pada A. 
Saya tak tahu A perasan atau tak. 
Tak tahu kalau-kalau A jemu ke tak.. 


For your information,


A merupakan peniaga kecil-kecilan di Terminal One, Seremban, kalau tak silap saya di tingkat 3.
Dengan keayuannya yang buat-buat itu, A ramah melayan saya, pelanggannya.
Saya tak langgan dia.
Saya pelanggan barangan aksesori kedai dia. Saya suka keychain comel-comel di kedai dia.
Saya minat bantal gebu-gebu kaler pink yang dia jual.
Saya selalu masuk kedai dia.
Dia selalu senyum pada saya. Tapi saya serba salah nak senyum pada dia.

Rambut dia panjang. Tiap kali saya jumpa mesti dengan rambut panjang,lurus.., 
macam takde fesyen lain. huh. 
Baju dia ketat sangat.
Bibir dia merah. Pipi pun merah, tapi bukan sebab allergic atau alah.

Cuma..

Kalau A perasan, saya tak pernah panggil dia dengan mana-mana kata ganti diri kedua. 
Saya terus je tanya tentang barang yang saya suka.

"Berapa ringgit?" , itu muqqadimah lazim saya.

Saya harap A faham.......
yang saya tak faham.

Ya. Saya tak faham kenapa A macam tu.

Sebab A macam tu lah,
saya jadi konfius.
saya konfius.


konfius!!



Saya konfius nak panggil A apa..


Kak atau abang .. ?

Kalau saya panggil "kak" , insyaAllah A suka.
Tapi,
panggilan "abang" adalah yang selayak-layaknya untuk dia.

Itulah konflik dalam diri saya.
Kalau tak, dah lama saya jadi lebih hormat, 
saya boleh tanya "bang, berapa ringgit ni bang ?"

Itulah A, abang Auww yang saya jumpa tiap kali saya masuk kedai dia di Terminal One, Seremban.

apa saya buat di sana ?
ok, bagitau sket ye. saya ambik bas Seremban-KT tiap kali balik cuti semester waktu belajar di KTT Sepang.
So sempat la pusing-pusing kat Terminal One sementara tunggu bas nak gerak.
Kenapa tak naik MAS or AIRASIA je ?
sebab nanti.... 
--> tak dapat la jumpa abang A!
hahaha.. :P
 
ok. dah. nadia,control.
ok,back to A.

A, 
dan juga teman-teman sepermainan A,

Walaupun macam anggun korang pakai seluar ketat atau skirt hitam paras lutut,
walau nampak hitam manis kepala lutut tu.
lagi macho kalau korang pakai t-shirt Polo dengan denim Levis biru.
serious macho. -saya malas nak tipu-tipu-
Pulangkan la balik blaus-blaus cantik kat kakak-kakak or mungkin kat mak-mak 
sepupu yang korang pernah pinjam dulu.
okey ?
boleh ? boleh buat gitu..?


Sebab..
Korang harus tahu,
'laki bertukar jadi perempuan' tu kerja orang yang tak tahu malu.
Janganlah nak jadi transformer tak kena tempat macam tu.
Apatah lagi, itulah golongan yang terlaknat yang Allah terang-terang dah bagitahu.

Dengan penampilan ranggi cenggitu,
saya selalu nak tergelak tengok A dan membe-membe A tu.
Depan A betul lah saya cover ayu,
tapi sorry,
sebenarnya saya pun selalu ajuk gaya A yang lemah-lembik tu..

(nak gelak sikit. HAHA. ok. dah.)

Sampai saya terlupa,
saya lupa A saudara saya.
Saudara seagama saya. 
Maaf saya gelakkan saudara suatu ketika dahulu.
Sepatutnya saya istighfar dan harus hadir rasa takut dengan balasan Allah untuk golongan macam tu, 
dan fikir celah mana saya boleh bantu.

"Orang lain buat silap, kita pakat gelak"
Sedihnya bila jadi begitu.
Patutnya yang berilmu harus sabar dan setia berdakwah seperti selalu.
Untuk A dan golongan 'yang gitu tu' ,
para dai'e berdoa untuk kalian hampir setiap waktu,
agar muslimin dan muslimat mendapat taufik hidayah dari Yang Maha Satu,
agar kalian bersedia membuka lembaran baru,
tinggal lah semua yang haram jadah cenggitu.
    
    Korang pun tak agak-agak,
    dah lah korang pegi tayang benda-benda palsu,
    ingat kitorang suke le tu..
    huhu.. tak malu! ^^


 ***********************

Okey, point saya :
   
 Sejauh mana pun keinginan kita yang tinggi menggunung tu, masih ada jalan alternatif untuk membatasinya 
andai keinginan itu jelas bertentangan dengan syariat Islam. Mereka kata mereka tahu apa yang diri mereka mahu, 
tapi Allah punyai alasan kukuh kenapa tak benarkan kemahuan sebegitu. Nak tahu sebabnya, kenalah baca Quran selalu, 
dampingi orang-orang berilmu, tengok channel-channel dakwah macam "Imam Muda" tu.. :) 
InsyaAllah petunjuk hidayah Dia akan kita ketemu..InsyaAllah.."

ok. Itu sahajalah untuk kali ini.


*************


Btw, take a look at these pictures :)
 
                                                                                       Missladyboys = Cikperempuanlelaki..





                                                                 Ni sorang lagi..
                                                                 Diorang ni 80 juta kali lebih cantik dari saya.
                                                    memang speechless..
                                                     tak tau nak kata apa !
                                                                 (-_-)"




****


Daripada Ibnu 'Abbas Radhiyallahu anhuma, katanya,
Maksudnya : Rasulullah s.a.w melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan 
dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.”
(Hadis riwayat al-Bukhari)

Moga kita dijauhkan daripada kesesatan yang nyata dan juga yang tersembunyi.
Amin.. 
 

3 comments:

  1. yup..selama ni kite asyik gelak bile org buat salah..sepatutnye same2 kite pbetulkan..

    ReplyDelete
  2. betul..

    tapi.. gitu ah, klako tekpon, tu hok wase nok suke tiap kali tengok sek2 ye.. :P

    ReplyDelete
  3. Entah kenapa orang malu berkawan dengan spesies macam ni. Saya rasa okay je kot. Siap ada kelebihan lagi. Saya bersimpati dengan mereka. Go Nadhiah Go! Hehehe...

    ReplyDelete

I'm paid enough if this post delightens you ^^