Friday, May 27, 2011

sorrry. . .

Saya nak mintak maaf pada semua andai pernah 
terlaju kata-kata, 
tersesat bahasa, 
terbuat yang serba tak kena.

Saya manusia tersangat biasa,
terkadang terlebih emosi berbanding rasional.

Makin banyak medium umum,
makin banyak silap saya.
Mungkin dalam tulisan, mungkin dalam kata-kata.

ok.

itu saja.

assalamualaikum... :)



 

Wednesday, May 25, 2011

Dia yang sudi bercerita....


Ini kisah Dia..

ku kongsikan kisah dia, agar kau dan terutamanya aku lebih mengerti makna hidup yang sebenar.

Dia orang susah, teramat susah dan terbiasa dengan kesusahan. Tapi dia cekal, dia tekun, dia gigih untuk sara hidupnya. 
Dia tidak banyak mengeluh. Dia tidak pernah pula mencemuh dek hambatan kemiskinan yang menyelubungi hidupnya. 
Dia tabah, malah dia semakin bersabar. Dia sentiasa senyum, waktu susah atau waktu terlebih susah.

Tapi rezeki tidak kenal siapa.
Sudah tertulis barangkali buat dia, dia punya kefahaman ilmu yang lebih dari rakan-rakan seusia.






Dia ceritakan kepadaku satu persatu, agar aku faham apa itu rezeki, apa itu ilmu.

Dia dibesarkan oleh ibunya, dia lah abang, dia lah adik, dia yang tunggal, dia seorang.
Dia punya seorang kakak seibu tapi tidak sebapa, 
dia punya ramai beradik sebapa tapi tidak seibu. Ahh rumit sedikit.
Tiada belaian mesra dari insan bernama ayah sehinggalah usianya 18 tahun,
di mana dia dipertemukan semula dengan ayah kandungnya.
Tak keterlaluan kalau dikatakan kehidupan bersama sang ibu dilalui dengan sekadar cuma, apa yang ada,
itu yang dijamahnya.

Kecemerlangannya di usia muda membawa dia jauh ke ibu kota, untuk mendaftarkan diri ke Sekolah Sultan Alam Syah. 
Mujur ada saudara yang punya kereta waktu itu yang menghantarnya ke sana.
Berada jauh beribu-ribu batu dari kampung halamannya meniupkan semangat luar biasa untuk dia meneruskan
budaya kecemerlangan yang sudah lama sebati dalam jiwanya.
Waktu belajar, dia belajar, waktu main, dia ikut main seperti orang biasa.
Tiba waktu cuti, dia pulang ke kampung yang dirinduinya, berjam-jam lamanya untuk tiba di halaman rumahnya,
di Kuala Terengganu.
Cutinya tidak tersia begitu sahaja. Dia menjual aiskrim, dia keluar mengutip kerang, redah belukar
untuk mencari apa-apa yang bernilai agar dapat dijual.
Semuanya untuk menambah duit poket dan berharap agar dapat membantu keluarga.

Itu cerita waktu cuti.
Waktu persekolahannya dimanfaatkan sepenuhnya agar suatu hari nanti dia mampu mengubah nasib keluarga dan 
nasib dirinya. Dia mahu berjaya, maka dia tidak jemu berusaha.

Kata orang, genggam bara api biar sampai jadi arang..

Akhirnya, usaha gigihnya melayakkan dia mencapai gred cemerlang dalam sijil tamat persekolahannya.
Bercita-cita menjadi seorang doktor, permohonannya untuk ke jurusan sains berjaya.




Dia mengharungi susah payah sepanjang bergelar pelajar aliran sains.

Kehidupan ibu di kampung masih sama. Tiada apa yang berubah.
Ketika di kampus, dia kerap memikirkan nasib ibunya di kampung.
Ayahnya bersama keluarga baru sebelah sana juga tak kurang daifnya.

Bak kata pepatah Melayu, kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang,
malam tak dapat kais sebab gelap tak nampak nak kais,
kalau ada lampu suluh bolehlah kais,
jadi malam kena ikat perut..
(panjang pulak rasanya pepatah ni..)

Jadi begitulah, hari demi hari.

Dia terfikir untuk mencari kerja, dia berfikir semula. Dia masih memikirkan hal yang sama.
Dia mahu cepat-cepat kerja, agar cepat-cepat beroleh duit yang membolehkan dia membantu dirinya dan keluarganya.
Dia memikirkan untuk tidak menyambung pelajarannya di jurusan sains.
Tambahan pula waktu itu, dia tidak mendapat sokongan dalam bentuk material mahupun spiritual.
Dia cuma murid miskin yang bersaing untuk kekal cemerlang.

Setelah difikirkan agak lama, dia akhirnya sebulat hati memadamkan impiannya untuk bergelar
seorang doktor yang mana memerlukan komitmennya untuk bertahun-tahun lama lagi
bagi menyempurnakan ijazah kedoktoran.
DIa mula beralih ke bidang yang saya kira jauh sekali kaitannya dengan aliran sains perubatan.

Ya, jelas ketara bedanya.
Dia melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma sains pertanian. 3 tahun sahaja.
Bukan bertahun-tahun seperti bidang perubatan.
Aliran sains yang dicintainya ditinggalkan setakat itu, setelah hampir 6 bulan melaluinya.
Dia mula menumpukan minat dalam bidang baru yang diceburinya.
Dia masih mengekalkan budaya mesra buku, cinta ilmu, dan tekun berusaha.

Lama-kelamaan bidang itu menjadi fokus utama dalam kehidupannya. Tidak lagi menoleh ke belakang,
tidak lagi mengenang kisah lalu, dia senang dengan apa yang ada padanya waktu itu.
Siapa sangka, berkat kerajinan dan kegigihan menimba ilmu,
dia muncul antara yang cemerlang dalam bidang itu.

Dia ditawarkan biasiswa. Dada makin lapang, minda bertambah ringan. Setelah menghabiskan tahun-tahun diploma,
dia kini bekerja dan mula mencari wang sakunya sendiri.
Setahun bekerja, pelaburannya sudah cukup untuk melayakkan dia membeli sebuah kereta demi keperluan hariannya.
Ibu mana yang tidak gembira dengan pencapaian sebegitu rupa.
Tambahan pula, waktu itu dia lah orang pertama yang memiliki kereta di kampungnya.
Tak cukup dengan itu, dengan duit yang ada, dan niat yang sudah terpendam lama,
dia mendirikan sebuah rumah dua bilik yang lebih selesa.

Alhamdulillah..

Alhamdulillah sekali lagi,
rezeki bertandang tak kira masa, rezeki tak putus-putus untuk dia,
dia seterusnya menamatkan zaman bujangnya.

Pilihannya ? Gadis sekampung, yang tak kurang pada rupa, adab dan tatacaranya =)



Sah ?? SAH sokmo...! huhu



Selepas setahun ke setahun, pencapaian kerjanya makin bagus,
rumahtangganya makin ceria dengan kehadiran tiga cahaya mata.
Pada tahun 1995, dia membuat keputusan untuk menyambung pengajiannya di peringkat ijazah pula.
Alhamdulillah dia berjaya mendapat tempat di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.
Program ijazahnya dilalui berbekalkan doa dan semangat ibu,
isteri dan anak-anaknya yang kian membesar.

Dan kini,

setelah bertahun-tahun lamanya, dia dikurniakan kehidupan yang lebih selesa.
Anak-anak ada empat semuanya.
Namun si ibu tua tadi telah tiada, ibunya pergi menghadap Illahi pada tahun 1999.
Kehidupan bersama keluarga tercinta 
diteruskan dengan rezeki yang dikirimkan oleh Yang Maha Memberi,
Yang Maha Pemurah..

Gigih dia waktu muda, diterapkan pula dalam jiwa anak-anaknya.
Mereka dididik secukupnya untuk menjadi insan-insan yang berguna.
Duit yang dikumpul waktu muda digunakan untuk pelajaran dan kemudahan anak-anak.
Pelaburannya tak sia-sia,
doanya siang malam dicucuri rahmat Yang Esa,
anak-anaknya kini menyambung impiannya yang dulu tergendala.
Dulu dia meninggalkan jurusan sains perubatan,
kerana kekangan hidup dan tiada sokongan.

Tapi kini,
dia lah satu-satunya penyokong kuat anak-anaknya apabila
2 orang daripada anak-anaknya mula meminati bidang yang pernah diceburinya itu.

Tidak menganggap untuk menyempurnakan impian bapa,
anak-anaknya memilih bidang itu kerana minat sendiri dan ingin mencuba.
Kesusahan hidup bapanya menjadi kekuatan dan aspirasi yang cukup bermakna dalam diri.
Kesederhanaan yang anak-anaknya lalui saban hari jauh lebih beruntung daripada nasib bapa sendiri.



Jadi,




Secara peribadi,




ingin ku bisikkan kepadanya,





pssstt......





abah ... ,





oooo abah....








                                                     
   huhuhuhu ....
   Itu dia..
janji manisku....

=>

Janji bukan sekadar janji,
janji anak Melayu,
janji harus ditepati !

^_*


Dan,

walaupun hari ini bukan hari bapa,
atau hari daddy,
tetap ingin ku ucapkan padamu,


Selamat berbahagia dengan apa yang sudah dikecapi sekarang,
semoga selamat di dunia hingga ke akhirat sana..



...............................................................




Tamat sudah kisah "dia"..
Insan yang teristimewa dalam hidup saya.

Dia abah saya.

Mungkin bapa anda ada cerita yang lebih istimewa,
jangan segan kalau terasa nak kongsi dengan saya..

=)




Monday, May 23, 2011

TIDAK HALAL ?

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD


 
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjaya berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :

  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );

  1. melakukan proses samak; dan

      4.    mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

To be more spesific :

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.  

TALENTO CAKE CONCENTRATE SECRET RECIPE
BRAND: PURATOS
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD.   

*Sumber : http://203.217.178.220/ehalal/index.php?ty=directory&type=P&cari=secret%20recipe


........................................................................



So... ?


belajar la buat kek & brownies sendiri ....


=)


be careful with the cake ingredients....

*********p/s : kandungan dalam website di atas agak mengelirukan, rujuk link ini :
                            https://www.facebook.com/SecretRecipeMsia?sk=app_4949752878

Harap tiada lagi kekeliruan yg timbul akibat salah faham drpd maklumat yg diberikan JAKIM =)
.

Saturday, May 21, 2011

hahahahahahaha HAAA ??

Assalamualaikum..

Tak jawab dosa, kalau jawab sayang... (berkata si Maria Elena)
Tapi kan Maria, kadang-kadang lupa daa nak jawab salam,
sebab terlalu fokus kat muka awak n slang awak. huhu

Ok.

Entri ni bukan pasal Maria Elena.
Saya nak cakap pasal Amir Maharaja Lawak.
Ada sape-sape berminat nak baca entri ni ?
:D
tak kesah la apepon,
if you rasa nak baca, thank you so much peeps! :)

ok.

Saya rasa terpanggil nak berkata-kata bila dapat tahu wujudnya page-page kat Facebook yang mempromosikan 
the bad side of Amir.
You kenal kan Amir ?
Faymess kot......
Tapi kan, ada sesuatu yang tak kena,
yang tak betol,
yang kurang ajar,
yang tidak sesuai langsung untuk paparan umum,
yang ada dalam page tu.

Rata-rata volunteers yang tampil untuk beri kritikan memang kelihatan pro tahap master tahap sifu 
dalam bab-bab kritik-mengkritik. 
Saya yakin diorang ni melayu Islam la.
Yela walaupun letak nama omputih kat FB, kalau dah muka Melayu tu,
Melayu la jugak......

Saya akui dan tak nafikan memang Amir layak disingkirkan dari pentas Maharaja Lawak.

Tapi,
kenapa la kritikan-kritikan dalam page tu macam "awesome" sangat macam aku lah pengkritik 
a.k.a pengutuk paling dahsyat kat dunia.
Ko Islam kot..
Pesal nak caci maki segala bagai ??
Pesal nak mencarut sumpah seranah semua tu ??
Pesal nak kutuk fizikal dia seteruk tu ??

People,
I think I should remind you about tis, plus this is surah lazim which is familiar to us :


Surah al-Humazah ayat 1-9..


Bismillahirrahmanirrahim..
Saya akan menterjemahkan maksud ayat pertama sahaja,


Maksudnya :


[1] Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,


Ya.
Pencaci dan pengeji.
Jadi ingat,
hilang nak benci kat orang,
kita pula yang dibenci dan dimurkai..


Kritik harus ada limit, harus berasas.
Semua orang mampu mencarut, mengarut, mengutuk, mencaci, memaki hamun,
whatsoeva-you name it- ,
sebab tu kerja senang,
tak perlu fikir panjang kot nak cakap semua tu.
Tapi tak semua orang mampu mengkritik dengan baik,
dengan sabar,
dengan berhikmah,
dengan iman di dada,
dengan alasan yang relevan,
dengan buah fikiran yang bernas,
dan idea yang membantu.


so...
janganlah jadi orang kebanyakan yang hanya tahu lemparkan kata-kata kesat,
jadilah bijak sikit...
Ayat kalau nak kritik tu biarlah proper sikit.


Kita cerdik pandai, tapi bila rasa hot nak marah-marah,
habis semua fowl vocabs kita bantai.
Yang perempuan pun bukan main hebat!
nak jugak diorang ni menempel sekali,
nak join forum keji-mengeji.
Tengok gambar macam kiut kecik molek,
nama pun nama muslimah,
tapi dia post........

masyaAllah....


awat ganahh sangat dikkkk??


Ok.


Point saya,
you boleh kritik,
but consider others feeling too..
And the most vital part,
we are Muslims.
Everywhere on earth, we are Muslims
and should behave as Muslims by no compromise.


Tak baik la nak kutuk-kutuk fizikal orang.
Kan dah tahu itu satu dosa.
Dosa.
Dosa tetap dosa, 
melainkan kita bertaubat, insaf, dan meminta maaf.


Ada yang senang-senang je kutuk saiz dan ketinggian dia,
agak-agak "you" la,
(in case you terfikir. well takkan la you tak terfikir kan, english fowl language pon you boleh fikir),
kalau insan-insan istimewa yang kerdil tu baca betapa
teruk you kutuk Amir dalam bab-bab kurang inci,
don't you think they will feel something ?
Have you ever considered about their feelings for once ?

Jangan rendahkan maruah diri dengan menulis dan berbuat sesuatu yang melampaui batas.
Nak kritik boleh tapi
haruslah ada limit,
Islam ajar kita tentang kesederhanaan.
Sabar itu separuh daripada iman.
Bila lagi nak praktik sabar..
Masa ni la kalau nak feeling sabar pun..
Jadi,
kritik la dalam iman,
dalam sabar,
dalam penuh adab.


Amir tak kacau hidup you pon,
dia cuma persembahkan sesuatu yang out of track,
jadi tak wajarlah kalau ada yang cakap,
   "pegi mampos ! bla3...." tu sume..


Tak ok, okey..


You kalau mak bapak, family, sedare mare,
kalau ada cacat cela, kekurangan situ sini,
you akan tetap bela diorang, diorang tetap di hati,
macam semuanya sempurna walhal fizikal jelas ada yang kurang.


Tapi kalau seseorang tu bukan darah daging you,
atau bukan dalam friendlist FB you,
bukan main you hentam macam BAIKK punya.....
rasa macam kalau tak caci tu macam tak sempurna lah komen you.

Orang akan hormati kita dengan pandangan secara keseluruhan k.
Kalau solat tak tinggal,
puasa cukup,
tapi bab mengumpat, mencela orang..kita tak pernah ngaku kalah,
how do you expect people to respect you ?
For what reason we have to respect you ?
Or do you actually dont really care about this self respect ?


Rasulullah s.a.w pernah bersabda :


"Tidak sempurna iman seorang mukmin selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinnya sendiri"


:)


Saudara dalam konteks ini bukanlah girlfriend or boyfriend.
Ini merangkumi semua.
Semua saudara Islam.


Jadi, 
dalam pada marah,
harus ada kasih,
kasih itu dengan cara sederhananya kita dalam melayani, memarahi,
eloknya kita dalam menasihati..


Ok ?


Saya tak mintak you all kasihkan Amir.


Tapi kasihanlah kat Amir.
After what he did,
after what he performed on stage,
he is still a human,
with all feelings and thoughts.

Dan ikhlas untuk Amir,
yang mungkin nampak mewakili orang-orang Kelantan dalam gelanggang Maharaja Lawak,
tapi sebenarnya tidak,
anda cuma membawa imej individu,
imej anda sendiri,
anda telah mempamerkan imej anda sejujur-jujurnya,
tapi cukuplah sampai di sini.


Kawe raso rezeki demo buke dale industri seni kito..
Demo cari la pitih kut laen,
ikut demo lah guane-guane pon,
asalkan hok halalan toyyiban.. 


Tapi kalu demo raso demo nok tera jugok jadi penghibur,
demo mitok la jadi pelakon dalam Salam Pantai Timur,
tu pong kalu ado lagi rancange tu..
Mungkin hok tu sesuwai denge demo..


Mitop maaf banyok lah kalu demo waso hati gak..


I'm soryyyyyy!




...............................


ok lah.


itu saje..


Remember,
your words shows your attitude,
be polite,
be moderate.


Dun be too harsh ok ? :)

So after this you dun hav to serabutkan kepala, tambahkan dosa,
dengan ucapan-ucapan yang tidak berfaedah.


If ada orang buat lawak,
then tiba-tiba dia gelak sendiri like 

    hahahahahahahahahahahahaaaa.....


you may answer with : 

   HAAA ???!



huhu.. =}


ok lah. 
Be a good Muslim,
Be a good Malaysian..


   "Bahasa jiwa bangsa !"

p/s :

I may sound silly when I talk or write in English,
but as long as I dun talk or write on silly things,
I think its ok.


.. :)

Tuesday, May 17, 2011

goodbye to you...

Hello amalina..

Amalina,
say hello to me too .. :)

hey darling,
you are big now,
but I'm bigger,
haha..

Ohh you are almost leaving my dear !

I'm soooooo happy for it. HAHA

You got B in biology during your SPM,
but now you're joining a medical school,
How come... ??
huhu..

Well it is because of you yourself,
you strived hard like hell during your "asasi"
(ahh..HELL sangat ke..??)

You done your "asasi" with excel,
a zillion congrats to you..!
tahniah okey..
Sorry I didn't prepared any present for you,
I feel like nothing to give. :)

You applied for overseas seat,
and now you get it,
you should "sujud syukur" lama-lama ok :)

Chances are everywhere,
but a lifetime chance comes only once.
You neglect it today,
you will regret for too many days.
You already got your placement.

and suddenly


you are thinking of letting it go.
Because you said you may not survive there..

Hello !!
Kalau rasa tak boleh survive,
who ask you to apply for overseas..??
??.. ?? ..??

Tiba-tiba rasa sangsi pulak nak pergi ke tak.

Coool okey.


No need to act like you are in dilemma.
You know you want,
you are craving for it,
in fact you tortured me enough to listen to your reasons why you 
really want to go to overseas few days before you are applying 
this seat.

Just grab it dear..
Go...
Go and play.
(I mean play with your medical stuffs la..)

No need to worry that much,
that feeling won't help you to make any wise decision.
Well I think you really want it,
that's why you apply for it.

:)

Chill ok ?
Jangan gelabah sangat.
Malaysians ramai kot kat Russia..

Okey lah.

Have fun in your preparations.

4 months in TATI UC.
TATI's members, pliz be good to my sis okey?
(wekk tak kuasa aku.....)

So amalina.
As what Kak Ja selalu pesan,

this is the right path,
never turn back,
go and finish it.

Go and have fun !

Go and learn how to make fun !

Go and find the people that makes you feel fun !

Go..

Go, pliss go...
(HAHA I dah tahap menghalau ni...) =P
Here I attach few pictures of us,
if you feel like rindu me,
(of course la kan, I'm your only gooood sister kot)
you can take a look at these pixies....

It's hard to say that I love you,
because.....
I really .....


dun feel so.


HAHAHAHA....

okey lah, gurau je...
saya sayang awok la..
hehe..

and I know you will miss nobody than

ME !

:)


smile like alwaysss k.. :)




athilah da lil sweetheart... =)





okey lah. 
cukup dua je la..

So,

remember,

no one will guarantee you a bright future,

unless you make a good effort for it.

You shape your life,

you lead yourself,

you are the one who have to switch on the light on your own if

you want to enjoy the shine and brightness.

Work hard to achieve high !

Dare to fight,

dare to fly !

May Allah rewards you for your courageous.

^^



setiap hari


Setiap hari,
semuanya bakal terjadi.
Tapi tak semua terjadi pada kita.

Setiap hari,
ada baby akan lahir,
ada orang tua akan meninggal.

Setiap hari,
ada pelajar lulus cemerlang,
ada pelajar menangis gagal.

Setiap hari,
ada handsome man akan berkahwin,
ada unfortunate lady akan diceraikan.

Setiap hari,
ada budak baru lulus ujian memandu,
ada budak mati kereta terbabas langgar ini dan itu.

Setiap hari,
ada awek cun dapat hadiah istimewa,
ada wanita dihina dengan kata nista.

Setiap hari,
ada positif,
ada negatif.

Negatif adalah teman si positif.
Bersama berdua,
tarikannya tiada tara.

Kehidupan ini sememangnya begitu.
Setiap hari,
ada cerita enak,
ada cerita meluat,
ada cerita yang tak boleh nak diceritakan ..

Saya selalu berpesan kepada diri :

 "Hari ini aku cemerlang, tapi aku tidak boleh terlalu gembira. Sebab aku pasti hari ini 
masih ramai yang bersedih dengan nasib mereka. Aku harus cool, relax dan bersederhana.."

emm okey.

Apa point saya ceritakan tentang positif negatif kehidupan ?

Apa sebab saya nak sibuk-sibuk 'feel' kesusahan orang lain ?

Alasan saya cuma satu.

Agar saya tidak terlalu selesa dengan apa yang ada,
cakna dengan musibah yang menimpa orang lain,
bersyukur dengan sebenarnya syukur.

Perasaan bercampur baur bila mana saya sedang dilimpahi kenikmatan,
waktu itu juga ada insan-insan yang saya kenal sedang dibebani dengan nasib malang.
Rasanya tidak enak..
Sungguh tidak enak..

Kepada teman-teman,
ingatlah,
senang itu cuma sekejap,
susah itu cuma sekejap.

Jangan terlalu ketawa tak ingat dunia,
sampai langgar batas-batas manusia..
Jangan menangis merintih segala bagai,
sebab itu tandanya pengertian hidup masih belum dapat kalian nilai..

Masih terpahat tersemat terngiang-ngiang kata-kata orang tua ,

 "kalau Allah nak tarik balik nikmat Dia , sekejap je .. "

Ye , sekejap sahaja.

Jadi, 

jangan angkuh dengan serba serbi pada diri kita ..

biarlah berpada-pada,

dengan apa yang ada.



ok. fullstop. =)



It's all His.......

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..Syukur masih diberi kesihatan dan kenikmatan untuk menulis dan sekaligus berkongsi..
Moga input yang baik akan mencambahkan output-ouput yang jauh lebih baik :)

InsyaAllah.

Okey.

Saya ingin kongsikan satu tragedi malang yang menimpa sahabat ayah saya dan keluarganya.
Kejadian yang baru-baru sahaja berlaku, yang masih segar dalam ingatan
keluarga mangsa.

Tragedi yang saya maksudkan ialah kebakaran rumah.
Rumah beliau hangus, lenyap di depan mata.
Api marak tidak meninggalkan suatu apa pun,
kecuali ..
..(saya ceritakan kemudian)..

Dalam kejadian petang itu, isteri mangsa sedang menunaikan solat asar di tingkat atas rumahnya.
Beberapa ketika sebelum kejadian, 
anak bongsunya dan anak jagaannya bermain di bilik bersebelahan. Isteri mangsa kemudiannya mendengar teriakan anaknya
yang menyuruh dia segera turun apabila melihat api tiba-tiba marak.
Isterinya hanya sempat menunaikan 2 rakaat asar.
Dia bergegas turun dan menjerit memanggil nama anaknya agar cepat-cepat keluar dari rumah.


Alhamdulillah. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku.
Cuma kehilangan harta benda dan ternakan peliharaannya....


Dan,


anehnya,


rumah 2 tingkat yang hangus dijilat api itu meninggalkan satu teka teki 

apabila salah satu daripada bilik di tingkat bawah rumah tersebut,
.
.
.
.
.
TIDAK TERBAKAR SAMA SEKALI.

saya ulang,

tidak terbakar sama sekali.. 

Cuma bilik itu yang masih terselamat,

yang masih ok.


Jadi,

agak-agaknya,

kenapa api tidak mara ke bilik berkenaan ?

kenapa bilik itu yang masih berbaki ?

ada apa di dalam bilik itu yang membuatkan api yang sedang mengganas tidak menjamah bilik tersebut ?

ok.


Sebenarnya,


itulah bilik di mana keluarga tersebut bersolat, mengaji..
Bilik yang tersimpan naskhah-naskhah al-Quran.




Disahkan dalam kebakaran itu, bilik tersebut masih dalam keadaan baik.
Himpunan al-Quran masih tersusun rapi di bilik itu,
masih elok,
masih boleh ditatap,
masih indah seperti biasa.. :)


Subhanallah..


Takjub sungguh saya tatkala mendengar cerita ini.
Allah memelihara kalam-Nya dengan sebaik-baiknya..
Allah ambil segala harta benda dalam rumah itu,
tapi Allah tinggalkan al-Quran untuk si keluarga mangsa..

Allah ..

Allah ..

Allah ya Allah ..

Kau Maha Tahu dan Kau Amat Tahu..

Semoga keluarga tersebut menerima dugaan hebat ini dengan hati yang redha..


   | "Andai kamu redha, nescaya Allah akan redha terhadap kamu.." |


Sesungguhnya tiap-tiap hati akan diduga dengan berbagai-bagai dugaan,
dalam apa jua cara sekalipun,
dan di situ,
akan terselit pengajaran yang bersesuaian pada hamba-hamba yang diduga-Nya.


Kepada keluarga mangsa,


usah dikesalkan barang yang musnah,
usah ditangisi ringgit yang lebur,
usah meratap pada yang kosong dan tinggal abu itu.. ,
yakinlah,
Allah Maha Kaya,
dengan izin-Nya hal ini terjadi kepadamu,
dan dengan izin-Nya jua lah Dia akan mengembalikan suatu yang mungkin jauh lebih baik
untukmu sekeluarga..


Berdoalah..
Berharaplah..




Sungguh Allah bersama hamba-hambaNya yang sabar..


and ..

afterall,

 it's all His ..


 Daripada Allah kita datang, 

 kepada Allah jualah kita akan dikembalikan..

 segala-segalanya adalah kepunyaan-Nya..

 hatta nyawa kita sekalipun..