Friday, April 8, 2011

AFUNDI FIRDAUS !


Afundi Firdaus ok... vote banyak sket tau !! 

vote cepat-cepat sikit.. 

eh, vote tau!
tak baik tipu..



*******************************************


eh, dah vote ke belom ??!


Ha..........
Macam-macam ragam kita dapat tengok dalam fenomena AF ini.
Macam-macam rencana juga yang dah mengulas isu Akademi Pentas-sia-sia ini. 
Ada yang rasa "I ok je I setuju", ada yang rasa tak setuju dan nyaris-nyaris nak baling bangku.
Dan sedih juga sebab ada yang tak rasa apa-apa.

Kalau saya sendiri, memang best duk condemn AF ni sebab 
takde sedara mara saya yang pernah masuk.
Tapi cubalah bayangkan kalau sepupu kita sendiri yang masuk AF, nak tak nak kena 
berlapik jugak cakap bab-bab anti-AF ni, yela nak jaga hati orang.

Sebenarnya anti-AF ini ada asasnya, bukan saje-saje nak feeling anti ini.
Tengok pada inti AF, wajiblah saya anti-AF.

Saya bukan lulusan Al-Azhar, Mansoura pun bukan.
Tapi basic hukum hakam tu saya tau la sikit-sikit 
sebab memang wajib untuk saya ambil tahu.
Yang saya tahu :

* Haram wanita menyanyi di khalayak ramai, yang menjadi tontonan bukan muhrim.

* Makruh wanita menyanyi di kalangan sesama wanita.

* Harus lelaki menyanyi untuk menyampaikan mesej-mesej yang baik.

* Makruh lelaki menyanyi lagu-lagu yang melalaikan.

* Haram mempertontonkan aurat.

* Haram bersentuhan sesama bukan muhrim.


"eh, I tak nyanyi, I penari, I nari gelek-gelek sikit je,"

owh..U tak nyanyi.. U nari je ea, kalau macam tu U mesti ada 
lebih banyak masa untuk usha link ini :


emm.. cane U ?

:)

**********************

Dah terang lagi bersuluh tentang ketetapanNya.
Tapi manusia celik banyak yang pura-pura lupa. 
Tahukah kalian bahawa :


"Syurga itu dikelilingi hal-hal yang tidak disukai,"


Hal yang kita suka tapi wajib kita kata tak suka,
wajib buat-buat tak suka,
wajib ajak yang lain-lain agar tak suka sama,
biar syaitan durjana terjelopok duka,
 sebab inilah antara jalan-jalan ke syurga.

:)

Tapi jangan risau,
andai mana-mana antara kita yang 
memang peminat setia afundi,
teruskan afundi,
teruskan mengundi,
tapi kali ini kita jangan bazir kredit.

Adik-adik tak perlu rembat kredit mak ayah,
ayang-ayang tak molek habiskan kredit cik abang.


Kita pakat afundi Firdaus.


:)


Saya tak perlu kenalkan siapa Firdaus, insyaAllah anda semua kenal,
insyaAllah anda semua tertarik kepadanya.
Dia yang teristimewa, dia cukup sempurna kejadiannya.
Begitu elok rupanya.
Laburlah sebanyak mana ringgit, tenaga dan masa yang terdaya deminya.
Firdaus menunggu pelaburan harian daripada kita semua.
Firdaus akan membahagiakan kita.

Tidak seperti pelajar-pelajar yang lain,
yang mungkin hadiahkan satu dua lagu istimewa untuk kita,
setelah berbulan-bulan kita topup full demi dia.
 Yang pakai kereta mewah cuma dia, bukan kita.

Tapi Firdaus lain.
Pelaburan kita tiada sedikit pun akan dikecewakannya.
Pulangannya sungguh nikmat untuk dikongsi bersama.


Yang tinggal cuma perlu topup iman dan taqwa,



Percayalah..




Syurga Firdaus menanti muslimin dan muslimat seperti kita !

(^_^)

Afundi Firdaus ok .. !


2 comments:

  1. salam kenal.. jemput la singgah my blog 'Aku Sebutir Pasir' kalau nak baca my experiences travelling ke 45 buah negara.. :)

    ReplyDelete

I'm paid enough if this post delightens you ^^