Friday, November 4, 2011

Indianisasi


Assalamualaikum..

Mari bercerita soal belajar :)

-ok 1-2-3 start-

Dulu-dulu, 
saya punya impian tinggi melangit untuk belajar jauh-jauh dari kampung halaman. Saya mahu ke negara belah barat.
Sebab ? Sebab ada salji kan.. mesti best duduk negara bersalji (fikir saya waktu kecil-kecil dulu)
Biasa la otak budak, mesti nak pergi tempat awesome je, mana pernah fikir soal cabaran, dugaan semua.

Takdir menentukan segala-galanya,
di usia 18 tahun, dapatlah tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara.
Alhamdulillah. Tapi kan.......

Kenapa India ? 

Kenapa aku tak dapat Ireland ke, New Zealand ke..?
*buat-buat hilang ingatan yang aku ni langsung takde sijil koko kecuali sijil PLKN*

So takpe lah. Redha. India pun India lah.

Dan kalau ada yang bertanya saya waktu itu kenapa medik jadi pilihan hati,
jawapannya : otak saya bukan otak fizik. Jadi saya cuma nampak masa depan saya di daerah biologi sahaja.

Hati yang cekal berbekal jiwa yang tawakal, saya mengikut rentak kaki untuk menapak di bumi India. 
Cari ilmu.. Bukan cari laki. eheh
Tapi kalu ter-cari laki tak salah kan.. ;P

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang hampir ayu,
saya banyak kali juga lah pakai baju kurung waktu ke kelas.
em korang nak tahu tak, 
orang-orang sini kan diorang kan cakap kan baju kurung tu lawa..
haha bangga an..

Tudung ? tudung bawal biasa tu lah. Takde nye nak pakai shawl tu semua. Tak logik

Tapi hidup merantau bukan sesenang yang disangka. Dengan penguasaan bahasa Inggeris yang tak hebat mana,
memang damn la juga. Serius. Ahh rasa tak mahu cerita.
Pengalaman kena condemn dengan HOD anatomy yang kononnya bahasa Inggeris saya tak indah sangat mengguris jiwa.
Mereka kena faham, dan mereka harus belajar untuk faham yang 'slang' saya cakap agak lain dengan cara mereka cakap.
Pendek kata, Indian bila cakap english, memang agak clear, pronunciation agak sharp.
Saya pula cakap agak laju. So okay I admit that I have to change, have to adapt, have to learn.

Dan sekarang, english saya memang POWER root tak agak-agak..

contoh terbaik:

"anna, you come and pick me now only. B-block anna. Haa.. fast no anna"

"U have pen? hey give no..give no.."

"1 second..1second..I will give you after this"

"hey you..hows life?..hows your study?" (bertanya soalan yang tak perlu kepada tempe yang hari-hari duk jumpa. Tapi inilah juga soalan tipikal mereka, dan saya terikut sama.)

This is new version of me.
Cara cakap dah lain..
dan...........

Oh Tuhan, cara makan saya juga dah lain. -Serius sangat ni-

Tell you what,
for me, Briyani minus pickle is just incomplete.

Crap kan?
eh korang tahu tak pickle tu apa? alah sambal masam-masam-masin orang India tu..
dan entah kenapa saya suka benda alah tu, yang sebenarnya saya rasa "euwww" waktu mula-mula datang sini dulu.

Tapi inilah nak cerita.
Tuhan aturkan semuanya, dan InsyaAllah itu yang terbaik untuk kita.
Kata dulu bukan main tak suka dapat belajar kat India, nak pergi tempat wonderful je, last-last..
jatuh cinta dengan pickle. Adeh

India tak kurang hebatnya. Hebatnya lebih.
Sederhananya lebih dari yang lebih.

Kat sini..
*"on"-kan sad song please*

..cikgu-cikgu pergi kolej dan balik kolej dengan bas sekolah je..

..bilik guru simple. cukup dengan meja kayu yang tak beralas dan kerusi yang design bangku sekolah..

..backpack takde brand pon diorang pakai. Budak-budak malaysia kite bukan main nak beg yang cun-cun punya..(aku lettew)

so..
itulah yang diantaranya.

Sekarang, saya di tahun 2 di bidang ini.
Ada rasa suka, ada rasa tak suka, kadang-kadang rasa neutral.

Tapi satu..
saya rasa rugi yang amat.

Kerana klinikal posting saya banyak yang kurang. Saya tak mampu berkomunikasi dengan masyarakat tempatan
kerana kekangan bahasa. ahh salah saya. Saya yang tiada inisiatif untuk belajar bahasa mereka.
Tengok sekarang, ambil kes pon kena ada orang perantaraan.


.......

alahai...
saye kena sambung cerita lain kali.
bibik saya dah balik.
saye kena pulangkan broadband dia.

p/s : dengar cerita bibik saya dah kapel.. esok-esok saya cerita. eheh (habis la kau linda)



Monday, October 10, 2011

Bilik baru *_*


Hai assaalamualaikum..

hari ni 10hb 10 tahun 2011 =)

sekejap sahaja masa berlalu, sudah hampir setahun perkara itu berlalu.. 

Alhamdulillah syukur setakat ini semua dapat saya selesaikan satu persatu..

Bagi yang berteka-teki apa maksud saya tentang perkara itu,

teruskan berteka-teki, 

dan maafkan saya, saya tak dapat nak bagi klu ;-)

So this year..,

in last July,


I met my 'family' back. Ohh hepi gila! *_*


jumpa Fasyi, Padma, Shafiq, Arman, Hao Min..


Tuhan saja yang tahu betapa hepinya saya dapat jumpa you olss balik =)


Rindu wehh! haha


I rejoined my batch for 1month+++


Rasa janggal je bila lama tak datang class.

Rasa hot je bila semua orang pandang-pandang. HAHAHA

dan...

Rasa tak konfiden je nak angkat tangan,

"44 present sir!" haha


Walau apapun, perjalanan hidup mesti diteruskan.


Kaki tetap melangkah ke lecture hall,


egg puff masih terus dibeli,


pen belang-belang pun masih tetap jadi pilihan hati walau harga dah naik 1 rupee.

Adat hidup, dah habis duka, pasti datang suka.

Ye. saya suka, saya bersyukur dengan kehidupan saya sekarang.

^_^

I hav lotsssaa frensss. yeah~

Two batches kot..=P

Tapi yang paling best antara yang best nya,

saya dah tak duduk hostel~

Dah ada rumah sendiri.. =)

dah tak payah turun naik ke tingkat 4 untuk cuma sepinggan nasi,

tak perlu bagi attendance kat dipika mam setiap malam,

tak perlu jugak berpura-pura tido mati bila mak guard datang ketuk pintu suh turun kasi attendance,

takyah dah buat muke redha bila nama asyik masuk buku rekod pelajar yang lewat balik hostel,

tak payah tu, tak payah ni.

Syukur :)

Untuk adik-adik junior,

pindah la duk luar next year~ ^_*

Jadi, berbalik pada tajuk entri ini,

"bilik baru"


apa yang saya nak cakap sebenarnya,


saya suka bilik tidur baru saya :>


sebab macam comel je. haha

hah.


tu je kot..


Bye assalamualaikum..


 

Friday, July 8, 2011

Kesan doa..

Di sini saya nak ceritakan pengalaman saudara saya tentang.....sesuatu,
yang berkait rapat dengan hebatnya sepotong doa :)

Sebelum itu,
'reset' dulu dalam minda bahawa doa itu bukanlah memohon pertolongan Tuhan semata-mata.
Doa itu bukti kerendahan hati kita pada Tuhan,
menunjukkan perlunya kita pada Dia,
mempamerkan rasa yakin dan redhanya kita ke hadrat-Nya.

Redha macam mana?
Kita yakin,
apa yang terjadi selepas itu adalah ketentuan Tuhan dari awal-Nya,
tenangkan hati, berdoa dengan tiada rasa riak dalam dada.


Ok.

Bismillahirrahmanirrahim..

1 hari itu,
saudara saya bersama 2 rakannya pergi ke sebuah kedai makan.


Mereka memesan minuman masing-masing.
Minuman sejuk..

Selang beberapa minit,
pelayan datang membawa minuman.

Maka dihidangkan la di hadapan mereka..
Takkan nak letak belakang an? 



gambar hiasan ye adik-adik..



Adat kita sebagai orang Islam,
seperti biasalah, berdoalah dulu kan...
Maka saudara saya berdoa, sekadar lintasan dalam hati.


Selesai sahaja berdoa,

dengan tidak semena-mena,


di luar jangkaan dia,


apatah lagi rakan-rakan di sisinya,


juga mereka yang berada di dalam kedai itu,

tiba-tiba......


PPPPPPPPPPPPPPPAAAAAAANNNGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


GELAS MELETUP DAN PECAH !


Gelas yang pecah ialah gelas saudara saya itu,
2 gelas yang lain tiada apa-apa.


Gelas itu ibarat diletupkan dengan bom kecil,
ia meletup dan pecah dengan tiba-tiba.
Pecahnya berderai, menjadi butir-butir kaca yang halus dan kecil.
Tidak seperti pecah apabila gelas terjatuh, yang mana serpihannya akan menjadi lebih besar.


Gelas berisi minuman sejuk yang meletup pecah itu menjadi perhatian buat beberapa 
minit bagi orang ramai yang turut berada di situ.
Kecoh kejap.. haha :)


Pelayan datang, meminta maaf dan menggantikan dengan minuman baru.


Habis di situ,
cerita yang jarang-jarang berlaku,
penjelasan juga mungkin tak perlu.

Tapi tak lama kemudian restoran itu ditutup,
mungkin sebab jualan tak laku..
mungkin saja..


Jadi apa mesej saya di sini,
mulakan minum dan makan dengan Bismillah dan doa yang biasa-biasa kita baca.
jadikan amalan,
jadikan doa itu teman.


Kita tidak tahu apa bentuk bencana yang boleh menimpa,
tidak pernah tahu dari mana ia mungkin datang dan tiba,
tapi doa itu senjata,
sudah lama diperingatkan pada kita.


Mungkin sains boleh menjelaskan,
tapi hakikatnya ilmu bukan sains kadang-kadang jauh kedepan.
Amalan hitam wajiblah kamu tinggalkan,
sebab 1 hari nanti kamu akan pasti tersungkur,
hanya kerana sepotong doa ikhlas yang Tuhan makbulkan.


Ingatlah,
dalam dunia modenisasi hari ini,
masih ramai yang ingin bersaing cara salah,
yang akhirnya memakan diri.


Cara salah apa yang saya maksudkan ?


anda fikirlah..


Ok sebelum terlupa,
saya kongsikan doa yang bagus untuk diamalkan sebelum menjamah
apa-apa makanan dan minuman,
apatah lagi kalau kita makan di luar..

" Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fillardi wala fis samai wahuassami'ul alim "


Familiar kan ? :)

Maksudnya : "Aku berlindung dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya
apa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"


Amin..


Pesanan untuk wanita terutamanya,
berhati-hatilah apabila disajikan minuman dan makanan,
jangan jadi terlalu yakin,
berdoalah moga dijauhi apa-apa yang boleh memudaratkan yang datang
melalui hidangan makanan dan minuman.

Ok lah,
semoga Tuhan terus merahmati dan melindungi kita dari kejahatan 
makhluk-makhluk ciptaan-Nya.

Amalan seharian kita juga mampu menyelamatkan kita
dari bencana yang bila-bila saja boleh menimpa.

Selamat beramal ! :)


Sunday, July 3, 2011

Lelaki itu..

1 hari itu, aku bersama saudaraku di satu kedai makan di Kuala Terengganu.

Kami makan nasik ayemm..
Sedap..sangat.
Nasi ayam Yunnan di plaza Batu Buruk, orang KT mana yang tak kenal.. :)

Makan punya makan,
tak pandang kiri kanan,
air tea-ping diteguk sakan,
dalam beberapa minit habis sepinggan.

Alhamdulillah.. 

Sebelum berganjak bangun, sebelum buat bayaran,
aku masih duduk, menghirup baki-baki air sehingga ke dasar gelas.
Mana tak lahapnya, itu menu lunch dan waktu tu hampir-hampir masuk asar..

Aku duduk dan masih duduk,
tapi mata aku tak diam.
Aku terpandang sesuatu.
Jelas di depan mataku.
Aku lihat seorang jejaka, semacam seusia denganku, 
tapi mungkin juga berpangkat abang.


Aku perhatikan dia,
dengan sewenang-wenangnya.
Dia langsung tak mengerling ke arahku.
Bonus untukku, "si stalker" la aku ni kononnya. 


Dia berjalan, 

lambat-lambat..


Lama-lama, 

pandanganku makin redup,

makin tertunduk sayu..

Sebab lelaki itu,

lelaki yang aku perhatikan dari tadi itu,

dia tempang orangnya.
Tangan juga punya masalah.
Dia berjalan termengah-mengah kerana posisi kaki yang tidak seimbang.
Tangannya terhayun-hayun luar kawalan.


Waktu itu dia sedang berjalan ke arah keretanya bersama keluarganya.
Tidak ada seorang pun yang memimpinnya.
Mungkin dia sudah benar-benar rasa kuat dan berdikari. 
Tapi dia sedikit terkebelakang.
Dia kelihatan gagah walaupun terpaksa bersusah-payah.
Barangkali pinggangnya kerap lenguh kerana "walking gait"nya tidak sempurna.


Aku kemudiannya terdetik,
bagaimana agaknya dia makan tadi ya..
Adakah dia juga menikmati juadahnya sama seperti apa yang aku rasa.
Atau makanan yang disentuh, sekadar penghilang lapar,
tak seperti aku yang bukan main berselera,
kerana nikmat baginya cukup terbatas..
dibatasi dengan pergerakan tangan yang......

Aku kasihan melihat susah payahmu...
Tapi aku juga tak lepas dari tanggungjawab yang besar,
aku juga bakal dipersoalkan di negeri akhirat,
aku bakal ditanya,
benarkah aku telah memanfaatkan anggota zahirku dengan sempurna..
Itu cukup berat,
sebab adat manusia sempurna,
mudah saja alpa dan buat-buat lupa.


Aku simpati padamu.
Tapi aku kurang cara untuk berbudi.

Tapi aku ingin pergunakan ruang peribadiku ini untuk mencoret sesuatu,
agar terkesan di hatiku lebih lama
dan mengajak yang lain agak turut serta.
Sama-sama kita doakan mereka yang sakit makin sembuh,
yang sihat, mudah-mudahan kita jadi lebih syukur.


Wahai saudara,
ku tahu kau kuat orangnya. 
Aku sebagai orang yang tiada nama,
mengharapkan kau dan orang-orang sepertimu yang masih berjuang pertahankan nyawa,
teruskan berjuang dan bertahan,
kerana lumrah dunia,
kekuatan adalah kunci segala-galanya.
Aku juga pernah merasa sakit dan kesannya bukan sedikit.
Tapi, aku jadikan kekuatan itu sebagai ubat yang mendahului semua,
ubat yang cuma ada dalam diri kita.



thanks google.. ^^



Stray strong brother .. 


Maka hari itu,
Allah meniupkan rasa syukur yang jarang-jarang dapat aku rasa.
Malu juga dengan diri sendiri kerana masih kurangnya syukur tapi 
masih dambakan apa yang tak perlu aku ada.

Wahai saudara,
janganlah merasa kurang kerana kau bakal mendapat lebih di akhirat sana.
Jangan merasakan dirimu cukup malang,
sedangkan kau dilahirkan untuk menjadi jauh lebih matang,
dari mereka yang seusia.
Kuatkan semangat,
kau ternyata insan yang lebih sempurna daripada apa yang kau fikirkan.


Ya Allah,


pintaku agar terus diberi kekuatan untuk menjadi penguat
bagi mereka yang datang kepadaku..


Kepada yang merasa lelah dan sakit,
ketahuilah ada ubat tahan sakit yang sangat mujarab,


iaitu ZIKIR !


Selebihnya ?


Teruskan usaha,

Allah tidak akan menghampakan doa dan hajat hamba-hamba-Nya 
yang soleh dan solehah seperti kalian semua.. :)

Dan Allah juga tidak turunkan dugaan hebat pada calang-calang hamba,
melainkan hamba-hamba yang juga hebat dan kuat dalamannya.
Kerana Allah telah berfirman :



Surah al-Baqarah, ayat 286..




Jadi,
buangkanlah rasa resah yang tak sudah.
Yakinlah,
Allah Maha Kaya,
dugaan itu sebenarnya
datang bersama rezekinya yang tersendiri.


Kepada para doktor,
alangkah indahnya setiap prosedur rawatan itu,
bila dimulakan dengan Bismillah
dan disudahi dengan doa yang ikhlas untuk patient-patient anda.. :)

Ok, sebagai penutup,
ku kongsikan ini,
dipetik daripada buku '365 Tip Sihat Gaya Rasulullah'
karangan Dr. Mohammad Ali Toha :




Wallahualam.. :)





Sekian..

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..



Monday, June 27, 2011

my taste is simple :)

Come..


take a look.. =)



Lauk patin..
.


Kari ikan..macam pekat je kan ? :)
.


Sayur campur..
.


Sutun masak sweet sour..
.

Nasi goreng cina tapi melayu yang buat..
.


Nasi minyak lauk gulai daging..
.



Nasi lemak. eh ade kepok.. :) eh ikan goreng pun ade.. hee
.


"My mom's ciken race.." -Johan Maharaja Lawak-..haha..



ok tu je kot..

 So,

mesej saya :

Saya yang jarang-jarang memasak ni pun akhirnya jatuh cinta
untuk main masak-masak.

err...time rajin la kan. huhu

Tiada istilah kesempurnaan dalam masakan,
selagi anda mahu mahu memasak,
anda akan tahu memasak.

Those are Malay typical gravies and meals..
and those are my water-hand..

:)


except the 1st one.
tu lauk patin beli. HAHAHA


Saye masok simple je.
Sedap tak sedap no. 2,
yang penting ada keinginan untuk cuba dan terus mencuba.

Kan ?

Lama-lama bila dah selalu masak, jadi sedap la tuu..
Oh yess,
have you eva heard this ?

a quote that says :

In cooking,
if at first you don't succeed,
you order pizza.


haha

Sampai bila la nak pandai masak kalau macam tuu kan... =)

Well, cooking is simple kot..
huhu (cakap besar)

It's only when baking,
you have to follow da directions.

When cooking,
go by your own taste..

-btw, my taste is simple- 

:)




duhh nape post pasal makanan pulak hari ni..

huuhu
 



Sunday, June 26, 2011

-you'll neva know how much you mean to me-

I hope everything will be fine.
hope that I'll be even more stronger after everything that had happened..
hope that people gimme some space to explain..
hope that I can get more bestfriends.. 

hope that I'll be among your best companion..

I hope I can forget bout the past.
hope that the past will not haunt me..
hope that the lessons I learnt in life will turn me into a better me..
hope that my heart will be 24hours-widely-opened to forgive anyone that deserved..


a rose for you :)



I hope that I can ease your sorrow,
hope that I can be a good listener,
a wise speaker,
a mate that calms..

I'm sory if I did something that hurt you.

till we meet again,

dear 

FRIEND... 




Friday, June 24, 2011

1993 :





Dulu...

wherever you go,

I will follow~

pergi tadika sesama..

balik pun sama-sama,

tapi kena kejar dengan angsa tak sama.

Sebab mung lari laju,

aku mung biar terkedek-kedek kat belakang.

Dulu,

mung beli mende-mende mainan pun,

mung ajok aku main sekali.

Sebab mung takdok kawan lain.

Mung beli CD game Emulator King,

kite main dop sapa sebulan,

aboh dengan slumbernye ye gi rampas. 

haha nyaknye ke mung sebab CD tu duit mung.

Leni....





 Aku dop follow mu doh.

haha

Aku ikut jalan aku,

mung ikut haluan mung.

Aku sebagai adik hok juruh,

akan doakan hok terbaik untuk mung.

Selamat menempuh dugaan baru di tempat baru.

Selamat berbuat baik dengan orang yang belum tentu berniat baik.

Allah does not count on how many stairs that you've climbed,

but

He will count on how tough you are

to stay strong,

to get motivated,

to move on to da next higher stairs.

Sometimes we will fall because of our own recklessness

but don't worry as

the holder is all along da way up there,

for us.

*_*

Keep holding,

keep climbing,

it's a climb !   

Semoga Allah ambil yang susah daripadamu

dan kembalikan

yang senang dan terdaya untukmu.

ok lah.

Selamat menyempurnakan tanggungjawabmu

untuk agama,

bangsa, 

dan 

negara !



Tuesday, June 14, 2011

Did you ever notice ..

that I've been too "busy" updating my FB status and come out with da new entries lately ?

Did you realised it ?

:)

Well,

I'll tell you later later later the reason why I've been rewarded by a "very good" quality of time

that seriously made me so prone doing all these.

(take note : later later later. I really meant it)

ok. thank you :)

.

Sunday, June 12, 2011

TERENGGANU JUARA PIALA FA!!


Entri ni adalah satu dedikasi untuk pemain-pemain skuad Penyu
yang berjuang berpeluh-peluhan di Stadium Bukit Jalil semalam.

:)

so mood sekarang ialah : berry berry berry HAPPY!!

hahaha..
Kejuaraan ini adalah kali ke-2 buat skuad Terengganu dalam Piala FA.
Yang last jadi juara tahun 2000 kalau tak silap.

Sebelum tulis panjang-panjang,
nak ngaku jugak lah yang saya bukan peminat bola sepak.

I don't watch football.
but still..

I watch PIALA FA if penyu team is there..

:)

Well, good job abang-abang hensem!
You did it very well!
*tepuk banyak banyak kali*

Lama tak tengok bola kat tv,
last tahun 2000 tu lah.
hahahahaha

Nak pegi stadium jangan harap lah.
Lagi 1 macam tak manis je perempuan berada di tengah-tengah
keriuhan dan sorakan orang laki-laki.
(tak tau la, sekadar pendapat peribadi) 

Dari apa yang saya tengok semalam,
saya dapat rumuskan :

Khairul Fahmi tu sweet

Marzuki macam hensem jugak

yang sorang macam muke cina skuad ganu tu macam kiut

yang lain pun hensem,,

hehehehehehehhee

=P

alah gurau je !

apa yang dapat saya rumuskan sebenarnya ialah,

the moral value which can be extracted from the game is :

jangan mudah GIVE UP dalam perjuangan !

minit-minit terakhir adalah sama penting dengan minit awal pertandingan !

terus dan terus motivate diri sendiri walau dalam keadaan tertekan..

jangan biarkan emosi jejaskan tumpuan di saat-saat penting..

etc...

okey tu la antaranya..

I don't know how it feels to play in the centre of light, flashes and fame..
wether it will minus the focus or boost up the spirit,
Im not really sure,
only the players can share their feelings in between of ups and downs..

macam mane rasa main dalam keadaan orang duk riuh rendah bersorak,
dengan balingan mercun yang sipi-sipi kena tiang gol,
pancaran laser yang konon-konon nak mengaburkan pandangan,
nak tau jugak tekanan tu dah sampai level mana..
huhu

apa-apa pun,
tahniah sekali lagi buat semua pemain Ganu Kite..

mung memang hebakk bohh!!

kepada pasukan dan penyokong skuad Red Warriors,
you alls pun sangat hebat!

Seriously.

So many excellent attacks from you guys!
Semuanya sipi-sipi nak masuk gol.

Cuma part daudsu nak tanduk keluar bola tu macam tersasar sikit.

Afterall its all reflex kan ?
Masa tu surely mind dia dah set : must kick it out.
but sometimes,
body has just failed to tune in into da actual speed, energy, and degree
to make a perfect kick.

So its barely able to say that it was his fault.
I just dun think so.


................................................................................


Kata-kata akhir dari saya,

"I heart TERENGGANU!!"


hehe...

and oh yess,

Terengganu pun cemerlang gak dalam SUKMA!

Well done!

ok to all ganu geng,
dun be as slow as the turtle leaving the beach,

be as productive as the turtle can give so many babies....
hahaha

eh I dun ask you to lay eggs k.

I mean, be more productive as in 
contribute as much as you can for GANU!

ok ?

boley op?


okey.


BEREH LAKE!!