Friday, July 8, 2011

Kesan doa..

Di sini saya nak ceritakan pengalaman saudara saya tentang.....sesuatu,
yang berkait rapat dengan hebatnya sepotong doa :)

Sebelum itu,
'reset' dulu dalam minda bahawa doa itu bukanlah memohon pertolongan Tuhan semata-mata.
Doa itu bukti kerendahan hati kita pada Tuhan,
menunjukkan perlunya kita pada Dia,
mempamerkan rasa yakin dan redhanya kita ke hadrat-Nya.

Redha macam mana?
Kita yakin,
apa yang terjadi selepas itu adalah ketentuan Tuhan dari awal-Nya,
tenangkan hati, berdoa dengan tiada rasa riak dalam dada.


Ok.

Bismillahirrahmanirrahim..

1 hari itu,
saudara saya bersama 2 rakannya pergi ke sebuah kedai makan.


Mereka memesan minuman masing-masing.
Minuman sejuk..

Selang beberapa minit,
pelayan datang membawa minuman.

Maka dihidangkan la di hadapan mereka..
Takkan nak letak belakang an? 



gambar hiasan ye adik-adik..



Adat kita sebagai orang Islam,
seperti biasalah, berdoalah dulu kan...
Maka saudara saya berdoa, sekadar lintasan dalam hati.


Selesai sahaja berdoa,

dengan tidak semena-mena,


di luar jangkaan dia,


apatah lagi rakan-rakan di sisinya,


juga mereka yang berada di dalam kedai itu,

tiba-tiba......


PPPPPPPPPPPPPPPAAAAAAANNNGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


GELAS MELETUP DAN PECAH !


Gelas yang pecah ialah gelas saudara saya itu,
2 gelas yang lain tiada apa-apa.


Gelas itu ibarat diletupkan dengan bom kecil,
ia meletup dan pecah dengan tiba-tiba.
Pecahnya berderai, menjadi butir-butir kaca yang halus dan kecil.
Tidak seperti pecah apabila gelas terjatuh, yang mana serpihannya akan menjadi lebih besar.


Gelas berisi minuman sejuk yang meletup pecah itu menjadi perhatian buat beberapa 
minit bagi orang ramai yang turut berada di situ.
Kecoh kejap.. haha :)


Pelayan datang, meminta maaf dan menggantikan dengan minuman baru.


Habis di situ,
cerita yang jarang-jarang berlaku,
penjelasan juga mungkin tak perlu.

Tapi tak lama kemudian restoran itu ditutup,
mungkin sebab jualan tak laku..
mungkin saja..


Jadi apa mesej saya di sini,
mulakan minum dan makan dengan Bismillah dan doa yang biasa-biasa kita baca.
jadikan amalan,
jadikan doa itu teman.


Kita tidak tahu apa bentuk bencana yang boleh menimpa,
tidak pernah tahu dari mana ia mungkin datang dan tiba,
tapi doa itu senjata,
sudah lama diperingatkan pada kita.


Mungkin sains boleh menjelaskan,
tapi hakikatnya ilmu bukan sains kadang-kadang jauh kedepan.
Amalan hitam wajiblah kamu tinggalkan,
sebab 1 hari nanti kamu akan pasti tersungkur,
hanya kerana sepotong doa ikhlas yang Tuhan makbulkan.


Ingatlah,
dalam dunia modenisasi hari ini,
masih ramai yang ingin bersaing cara salah,
yang akhirnya memakan diri.


Cara salah apa yang saya maksudkan ?


anda fikirlah..


Ok sebelum terlupa,
saya kongsikan doa yang bagus untuk diamalkan sebelum menjamah
apa-apa makanan dan minuman,
apatah lagi kalau kita makan di luar..

" Bismillahillazi la yadurru ma'asmihi syaiun fillardi wala fis samai wahuassami'ul alim "


Familiar kan ? :)

Maksudnya : "Aku berlindung dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya
apa sahaja yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui"


Amin..


Pesanan untuk wanita terutamanya,
berhati-hatilah apabila disajikan minuman dan makanan,
jangan jadi terlalu yakin,
berdoalah moga dijauhi apa-apa yang boleh memudaratkan yang datang
melalui hidangan makanan dan minuman.

Ok lah,
semoga Tuhan terus merahmati dan melindungi kita dari kejahatan 
makhluk-makhluk ciptaan-Nya.

Amalan seharian kita juga mampu menyelamatkan kita
dari bencana yang bila-bila saja boleh menimpa.

Selamat beramal ! :)


Sunday, July 3, 2011

Lelaki itu..

1 hari itu, aku bersama saudaraku di satu kedai makan di Kuala Terengganu.

Kami makan nasik ayemm..
Sedap..sangat.
Nasi ayam Yunnan di plaza Batu Buruk, orang KT mana yang tak kenal.. :)

Makan punya makan,
tak pandang kiri kanan,
air tea-ping diteguk sakan,
dalam beberapa minit habis sepinggan.

Alhamdulillah.. 

Sebelum berganjak bangun, sebelum buat bayaran,
aku masih duduk, menghirup baki-baki air sehingga ke dasar gelas.
Mana tak lahapnya, itu menu lunch dan waktu tu hampir-hampir masuk asar..

Aku duduk dan masih duduk,
tapi mata aku tak diam.
Aku terpandang sesuatu.
Jelas di depan mataku.
Aku lihat seorang jejaka, semacam seusia denganku, 
tapi mungkin juga berpangkat abang.


Aku perhatikan dia,
dengan sewenang-wenangnya.
Dia langsung tak mengerling ke arahku.
Bonus untukku, "si stalker" la aku ni kononnya. 


Dia berjalan, 

lambat-lambat..


Lama-lama, 

pandanganku makin redup,

makin tertunduk sayu..

Sebab lelaki itu,

lelaki yang aku perhatikan dari tadi itu,

dia tempang orangnya.
Tangan juga punya masalah.
Dia berjalan termengah-mengah kerana posisi kaki yang tidak seimbang.
Tangannya terhayun-hayun luar kawalan.


Waktu itu dia sedang berjalan ke arah keretanya bersama keluarganya.
Tidak ada seorang pun yang memimpinnya.
Mungkin dia sudah benar-benar rasa kuat dan berdikari. 
Tapi dia sedikit terkebelakang.
Dia kelihatan gagah walaupun terpaksa bersusah-payah.
Barangkali pinggangnya kerap lenguh kerana "walking gait"nya tidak sempurna.


Aku kemudiannya terdetik,
bagaimana agaknya dia makan tadi ya..
Adakah dia juga menikmati juadahnya sama seperti apa yang aku rasa.
Atau makanan yang disentuh, sekadar penghilang lapar,
tak seperti aku yang bukan main berselera,
kerana nikmat baginya cukup terbatas..
dibatasi dengan pergerakan tangan yang......

Aku kasihan melihat susah payahmu...
Tapi aku juga tak lepas dari tanggungjawab yang besar,
aku juga bakal dipersoalkan di negeri akhirat,
aku bakal ditanya,
benarkah aku telah memanfaatkan anggota zahirku dengan sempurna..
Itu cukup berat,
sebab adat manusia sempurna,
mudah saja alpa dan buat-buat lupa.


Aku simpati padamu.
Tapi aku kurang cara untuk berbudi.

Tapi aku ingin pergunakan ruang peribadiku ini untuk mencoret sesuatu,
agar terkesan di hatiku lebih lama
dan mengajak yang lain agak turut serta.
Sama-sama kita doakan mereka yang sakit makin sembuh,
yang sihat, mudah-mudahan kita jadi lebih syukur.


Wahai saudara,
ku tahu kau kuat orangnya. 
Aku sebagai orang yang tiada nama,
mengharapkan kau dan orang-orang sepertimu yang masih berjuang pertahankan nyawa,
teruskan berjuang dan bertahan,
kerana lumrah dunia,
kekuatan adalah kunci segala-galanya.
Aku juga pernah merasa sakit dan kesannya bukan sedikit.
Tapi, aku jadikan kekuatan itu sebagai ubat yang mendahului semua,
ubat yang cuma ada dalam diri kita.



thanks google.. ^^



Stray strong brother .. 


Maka hari itu,
Allah meniupkan rasa syukur yang jarang-jarang dapat aku rasa.
Malu juga dengan diri sendiri kerana masih kurangnya syukur tapi 
masih dambakan apa yang tak perlu aku ada.

Wahai saudara,
janganlah merasa kurang kerana kau bakal mendapat lebih di akhirat sana.
Jangan merasakan dirimu cukup malang,
sedangkan kau dilahirkan untuk menjadi jauh lebih matang,
dari mereka yang seusia.
Kuatkan semangat,
kau ternyata insan yang lebih sempurna daripada apa yang kau fikirkan.


Ya Allah,


pintaku agar terus diberi kekuatan untuk menjadi penguat
bagi mereka yang datang kepadaku..


Kepada yang merasa lelah dan sakit,
ketahuilah ada ubat tahan sakit yang sangat mujarab,


iaitu ZIKIR !


Selebihnya ?


Teruskan usaha,

Allah tidak akan menghampakan doa dan hajat hamba-hamba-Nya 
yang soleh dan solehah seperti kalian semua.. :)

Dan Allah juga tidak turunkan dugaan hebat pada calang-calang hamba,
melainkan hamba-hamba yang juga hebat dan kuat dalamannya.
Kerana Allah telah berfirman :



Surah al-Baqarah, ayat 286..




Jadi,
buangkanlah rasa resah yang tak sudah.
Yakinlah,
Allah Maha Kaya,
dugaan itu sebenarnya
datang bersama rezekinya yang tersendiri.


Kepada para doktor,
alangkah indahnya setiap prosedur rawatan itu,
bila dimulakan dengan Bismillah
dan disudahi dengan doa yang ikhlas untuk patient-patient anda.. :)

Ok, sebagai penutup,
ku kongsikan ini,
dipetik daripada buku '365 Tip Sihat Gaya Rasulullah'
karangan Dr. Mohammad Ali Toha :




Wallahualam.. :)





Sekian..

Wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..